Berubah




Tajuk : Berubah
Penyanyi : Erry Putra & Reen Rahim
OST : Nora Elena


Lirik :

Haa...haaaa...haa...

Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari...

Tak puas bagiku 
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri...
Gelap seluruh jiwaku...

Hoooo...

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh...
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku...

Ohooo...

Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain...

Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari...

Semuanya telah berakhir

Woooowooo...woo...

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh...
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku...

Drama Nora Elena merupakan sebuah drama yang diadaptasikan dari novel Kasih Yang Suci, Karya Meen Zulaikha, Keluaran Alaf21.


Drama ini mula ditayangkan 9 Mei 2011, dari hari Isnin hingga Khamis bermula jam 7 malam. Drama ini memaparkan sebanyak 24 episod. Drama ini dibintangi oleh :




Sinopsis :

Nora Elena ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan.

Idham bercadang untuk membatalkan perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan diri menjadi 'Pak Sanggup' menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.

Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth merupakan lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Dan ketika itu, Nora sedang mengandung anak Seth.

Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? 
Apakah motif Seth mengahwini Nora Elena?

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon