Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam kamu doa saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam, cikgu.
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah di buat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera, cikgu.
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebut perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu.
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (Senyap).
Cikgu : Pandai
Murid : Bodoh
Cikgu : Tinggi
Murid : Rendah
Cikgu : Jauh
Murid : Dekat
Cikgu : Keadilan
Murid : UMNO
Cikgu : Salah
Murid : Betul
Cikgu : Bodoh
Murid : Pandai
Cikgu : Bukan
Murid : Ya
Cikgu : Oh Tuhan
Murid : Oh Hamba
Cikgu : Dengar ini
Murid : Dengar itu
Cikgu : Diam
Murid : Bising
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh
Murid : Ini ialah jawapan, pandai
Cikgu : Mati aku
Murid : Hidup kami
Cikgu : Rotan baru tau
Murid : Akar lama tak tahu
Cikgu : Malas saya ajar kamu
Murid : Rajin kami belajar cikgu
Cikgu : Kamu gila
Murid : Kami siuman
Cikgu : Cukup! Cukup
Murid : Kurang! Kurang
Cikgu : Sudah! Sudah
Murid : Belum! Belum
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh?
Murid : Sebab saya seorang pandai
Cikgu : Oh! Melawan
Murid : Oh! Mengalah
Cikgu : Kurang ajar
Murid : Cukup ajar
Cikgu : Habis aku
Murid : Kekal kami
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula
Cikgu : Sudah, bodoh
Murid : Belum, pandai
Cikgu : Berdiri
Murid : Duduk
Cikgu : Saya kata UMNO salah
Murid : Kami dengar keADILan betul
Cikgu : Bangang kamu ni
Murid : Cerdik kami tu
Cikgu : Rosak
Murid : Baik
Cikgu : Kamu semua di tahan tengah hari ini
Murid : Dilepaskan tengah malam ini
Cikgu : (Senyam dan mengambil buku-buku dan keluar kelas)
~TAMAT~
Sign up here with your email
[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon