Bulldog...

Semalam (12/07/2011) waktu aku nak tido... adik aku masuk bilik bawa 2 eko anjing... aku tanya dia mana dia dapat anjing tu... dia cakap bpk bawak balik... jadi aku pegang2lah, lepas tu aku peluk2.
Bila bpk aku lalu depan bilik, aku tanyaklah bpk aku mana dia dapat anjing tu... bpk aku jawap waktu dia nak balik ke tempat keja dia, dia jumpa kat tepi jln.

Adik aku kata, waktu dia main dengan anjing yang kecil, Miming takut. Padahal adik aku hanya pegang anjing tu dan meniru bunyi anjing. Bila aku dengar cerita adik aku, aku pun bangun dari tilam dan pergi keluar bilik. Bila Miming tengok aku dgn adik aku pegang sorang satu anjing, apa lagi lari tak cukup tanah dia... Nak tahu siapa Miming? Miming ialah seekor kucing... hehehehe... mestilah dia takut dengan anjing, lebih2 lagi itu kali pertama dia tengok anjing depan mata dia...

Tak puas dengan Miming, aku dengan adik aku pergi ke dapo tempat kami kurung 2 eko anak kucing bila waktu malam. Aku dengan adik aku letak anjing tu depan kandang kucing tu, apalagi takutlah 2 eko anak kucing tu tengok anjing yang besa depan kandang.... hehehehe... nakalkan..

Keesokkan harinya, hari inilah (13/07/2011) mak aku pulak yang pegang anjing tu, bila bpk aku crita kat dia kucing2 kat rumah ni takut dengan anjing yang dia bawak.... Giliran mak aku pulak menakut-nakutkan kucing2. Memang tak cukup tanah Miming dengan 2 eko anak kucing tu nak lari bila mak aku bawa anjing tu.
Miming sampai mengiau-giau dalam bilik air bila tak ada ruang nak lari lagi, 2 eko anak kucing tu pulak lebih senang nak sembunyikan diri sebab badan masih kecil....

Hehehehe nak tahu macam mana rupa anjing yang bpk aku bawa balik???
Ni dia..


Kenapa????? 
Rupa-rupanya patung anjing!!
Mesti korang fikir bpk aku bawak anjing yang betulkan?? kan??
Kalau anjing betul, mestilah bpk aku tak bawa balik. Aku pun tak kan pegang2, peluk2. Sebab anjing tu patunglah aku berani nak pegang2, nak peluk2, nak main2. ;-P
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon