Demam Selsema

Salam... memandangkan musim sekarang cuaca tidak menentu.... sekejap panas, sekejap hujan ditambah lagi jerebu2 menyebabkan kita mudah diserang penyakit terutamanya "Demam Selsema".
Tanda2 demam selsema mudah dikesan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
Gejala demam selsema bermula 1-3 hari slepas jangkitan.
Gejala2 yg paling biasa adalah seperti di bwh:
  • Tekak yg kering @ sakit - mungkin mendahului gejala2 lain dlm shari atau lebih
  • Hidung berair - hingus berair dan jernih kemudian ia mulai pekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbat rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menhhisap susu disebabkan hidung tersumbat.
  • Bersin - merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
  • Batuk - mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
  • Suara parau - suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan peti suara membengkak.
Gejala2 lain:
  • Mata rasa kepanasan sedikit.
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Demam.
  • Sakit2 badan.

Pencegahan.
Di bwh ini disenaraikan beberapa cara yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
  • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
  • Tutup mulut ketika batuk dan bersin.
  • Mengelap hidup menggunakan  tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dlm tisu dan tidak mengotorkan tangan.
  • Elakkan mengosokkan mata dengan tangan yg kotor.
  • Jgn mengigit kuku.
  • Jauhkan diri drpd org yg menghidap demam selsema terutamanya ketika mereka batuk dan bersin.
  • Jauhi tempat yang sesak dengan org ramai.
  • Makan makanan yg seimbang.
  • Jgn biarkan diri anda kesejukkan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yg mencukupi.
  • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
  • Jauhi drpd merokok - perokok berkecendurungan mendapat demam selsema yg lebih teruk.
  • Jauhi diri drpd alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema. 

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon