Jawapan Lucu @ Fikiran ^#$%_%$#^

Seorang guru, Cikgu Murni yang berusia 22 tahun menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya yang bernama Abu. Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut;

Cikgu Murni : Apa sebenarnya masalah awak, Abu?

Abu : Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga.

Cikgu Murni dah tak tahan. Dia bawa Abu ke pejabat Guru Besar. Sementara Abu menunggu di ruang di ruang menunggu, Cikgu Murni menerangkan keadaan tersebut kepada Guru Besar. Guru Besar mengatakan yang dia akan memberikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu akan kekal di darjah 4. Abu di bawa masuk ke pejabat Guru Besar dan Cikgu Murni terangkan kepada Abu akan dan Abu bersetuju untuk mengambil ujian yang akan diberikan kepadanya.

Guru Besar : Berapa 3 x 3?

Abu : 9

Guru Besar : Berapa 6 x 6?

Abu : 36

Guru Besar terus bertanya soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap-tiap soalan yang di berikan. Lalu Guru Besar memandang Cikgu Murni dan berkata ;

Guru Besar : Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6.

Cikgu Murni : Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan kepada Abu?

Guru Besar dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni : Apa yang lembu ada 4 di badan tapi saya cuma ada dua?

Abu : (Berfikir) Kaki.

Cikgu Murni : Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu : Saku.

Cikgu Murni : Apa yang bermula huruf 'K' akhir huruf 'A'. iaitu berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu : Kelapa

Cikgu Murni : Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik dan melekit?

Mata Guru Besar terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu : Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni : Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Guru Besar sekali lagi terbuka luas dan sebelum sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu : Bersalam.

Cikgu Murni : Baik, sekarang saya ajukan soalan berbentuk 'siapa saya', okay?

Abu : Baik, cikgu.

Cikgu Murni : Awak masukkan batang dalam kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. Apa?

Guru Besar kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni

Abu : Khemah.

Cikgu Murni : Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu. Apa?

Guru Besar semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk Nescafe 3in1.

Abu : Cincin perkahwinan.

Cikgu Murni : Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega. Apa?

Sekali lagi, Guru Besar amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu : Hidung.

Cikgu Murni : Saya batang yang keras. Hujung tajam. Saya akan datang dan bergerak dengan lajunya. Apa?

Abu : Anak panah.

Cikgu Murni : Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu : Okay.

Cikgu Murni : What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu : Firetruck.

Cikgu Murni : What word starts with a 'F' and end in 'K' & if you dont get it you have to use your hand?

Abu : Fork.

Cikgu Murni : What is it that all men have one of. It.s longer on some men than on others, the pope does not use his and man gives it to his wife after they married?

Abu : Surname.

Cikgu Murni : What part of  the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu : Heart.

Guru Besar menghembuskan nafas kelegaan mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata;

Guru Besar : Baik hantar murid ini ke Universiti, jawapan yang saya fikirkan semua salah.


P/S MySpace: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.... heheheheMySpace
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon