Puasa (^o^) Puasa

Assalamualaikum....
Aku rasa semua dah sedia maklum apa yg boleh dan tidak boleh di buat dlm bulan Ramadhan.
Entry ini aku buat untuk dikongsi bersama serta untuk peringatan termaksuklah aku sendiri.
Semua sedia maklum org Islam diwajibkan berpuasa dan 'Berpuasa di bulan Ramadhan' di senaraikan di dalam  Rukun Islam.

 Pengertian Puasa :
"Menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari"

Hukum2 puasa :

( 1 ) Wajib 
  • Puasa yg dilakukan pd bulan Ramadhan, qada' bulan puasa, puasa kifarah dan puasa nazar.


( 2 ) Sunat
  • Puasa dlm bulan Sya'ban
  • Puasa 6 hari dlm bulan Syawal
  • Puasa Arafah pd 9 Zulhijjah
  • Puasa pd hari Tasu'a dan 'Asyura pd 9 dan 10 Muharram
  • Puasa pd hari Isnin dan Khamis
  • Puasa 3 hari dalam tiap2 bulan pada 13,14 dan 15 (bln Islam)
  • Puasa satu hari berbuka satu hari
  • Puasa 8 hari drpd bln Zulhijjah sblm hari Arafah bg org yg sedang mengerjakan haji atau tidak.
  • Puasa dlm bulan2 haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab
( 3 ) Makruh :
  • Menentukan hari untuk berpuasa seperti Jumaat sahaja, Sabtu atau Ahad sahaja
  • Berpuasa sepanjang tahun
( 4 ) Haram :
  • Puasa sunat seorg perempuan tanpa izin suaminya
  • Puasa pd hari Syak iaitu pd hari 30 Sya'ban
  • Puasa pd hari Raya Aidil Fitri, hari Raya Aidil Adha dan hari2 Tasyrik'
  • Puasa perempuan haidh dan nifas
  • Puasa bg org yg bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat2 Puasa :

( 1 ) Wajib
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berupaya (Sihat)
  • Bermukim
( 2 ) Sah
  • Islam
  • Berakal
  • Bersih dr haidh dan nifas sepanjang hari
  • Niat
Niat Puasa bulan Ramadhan

Niat Puasa sebulan Ramadhan

Niat Berbuka Puasa

Faedah Berpuasa :
  • Melahirkan perasaan belas kasihan kpd golongan miskin
  • Mendidik nafsu dan jiwa ke arah kebaikan
  • Dpt merasai apa yg ditanggung oleh golongan miskin
  • Puasa merupakan perbuatan taat kpd Allah
  • Mendidik budi perkerti utk memiliki sifat2 terpuji
  • Puasa mengajar sesorg amanah terhadap diri sendiri
  • Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan (disiplin)
  • Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dlm jiwa manusia
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Memasukkan sesuatu dlm rongga bdn dgn sengaja kecuali terlupa
  • Makan dan minum sepanjang hari
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dgn sengaja
  • Keluar darah haidh atau nifas
  • Gila
  • Pitam aatau mabuk sepanjang hari
  • Murtad
Perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa
  • Berbekam
  • Mengeluarka darah
  • Berkucup
  • Merasa makanan
  • Bersugi slps gelincir matahari
  • Mencium wangian
Keuzuran Yang Mengharuskan berbuka Puasa
  • Musafir
  • Sakit
  • Mengandung @ Ibu yg menyusukan anak
  • Org tua yg lemah
Sumber ; www.al-zim.com


Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon