Ramadhan Bulan Berkat


Lagu : Ramadhan Membawa Berkat
Nyanyian : Hijjaz

Kelebihan Berpuasa
(1) Puasa Mendekatkan Diri Kpd Allah

Allah berfirman :
Maksudnya : "Lelaki2 dan perempuan yg berpuasa, lelaki dan perempuan yg menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yg byk menyebut (nama) Allah , Allah tlh menyediakan bg mereka keampunan dan pahala yg besar" [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman : 
Maksudnya : "Dan berpuasa lbh baik bagimu jika kamu mengetahuinya" [Al-Baqarah : 184]

(2) Puasa Mengawal Syahawad

Nabi bersabda : 
Maksudnya : "Wahai pemuda2! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan dan barang sesiapa tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)" [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

(3) Puasa Menyelamatkan Seseorg Dr Neraka

Nabi bersabda : 
Maksudnya : "Tidak seorg hamba berpuasa sehari di jln Allah, kecuali Allah menjauhkan dia (kerana puasanya) dr api neraka sejauh tujuh puluh thn" [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153]

Nabi bersabda :
Maksudnya : "Puasa adalah perisai, dimana seorg hamba itu berperisai dgnnya dr api neraka" [HR Ahmad : 15922, Lihat Shahih Attarghib :970]

(4) Puasa Menjanjikan Syurga

Dr Abi Umamah, beliau bkata :
Maksudnya : "Wahai Rasulullah! Tunjukkan kpdku, amalan yg boleh membawaku ke syurga."   Nabi bersabda "Ke atasmu puasa, tidak ada amalanyg sama dengannya." [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i  : 2097]

Kelebihan Bulan Ramadhan
(1) Bulan Yg Diturunkan Padanya Ai-Quran

Allah berfirman :
Maksudnya : "Bulan Ramadhan  bulan yg diturunkan pdnya (permulaan) Al-quran sbg petunjuk bg manusia dan penjelasan2 mengenai  petunjuk itu dan pembeza (antara haq dab batil), brg siapa antara kamu yg hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pd bulan itu." [Al-Baqarah : 185]

(2) Bulan Yg Padanya Ada Lailatul Qadr

Allah berfirman :
Maksudnya : "Sesungguhnya, kami tlh menurunkan (Al-Quran) pd Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu, apakah Lailatul Qadr itu? Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]

(3) Bulan Yg Di Buka Pintu2 Syurga, Di tutup Pintu Neraka dan Dibelenggu Syaitan
Nabi bersabda :
Maksudnya : "Apabila tiba Ramadhan; tlh dibuka pintu2 syurga, tlh ditutup pintu2 neraka dan dibelenggu syaitan2" [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan
(1) Puada Di Bulan Ramadhan Menjanjikan Pengampunan Dosa
Nabi bersabda :
Maksudnya : "Barang sesiapa yg berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa2nya yg lalu" [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

(2) Puasa Di Bulan Ramadhan Menjanjikan Syurga
Nabi bersabda :
Maksudnya : "Barang siapa yg beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dan mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka tlh layak baginya utk dimasukkan oleh Allah ke dlm syurga" [HR Al-Bukhari : 2637]

Sumber : ummuayman.wordpress.com

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon