Nuzul Al-Quran



Sejarah Al-Quran
Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadhan ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau di sebut Nuzul Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud :

"Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 185) 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada MALAM JUMAAT, 17 RAMADHAN, di GUA HIRA' dan pada tahun KE-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w

Al-Quran merupakan MUKJIZAT yang PALING BESAR dikurniakan kepada Nabi s.a.w. Kita hendaklah berIMAN dan memPERCAYAI isi kandungan Al-Quran. Beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu dalam RUKUN IMAN.

Erti Nuzul Al-Quran
NUZUL : bererti "TURUN" atau "BERPINDAH", iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah
AL-QURAN : bermaksud "BACAAN" atau "HIMPUNAN". Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al-Quran itu untuk di baca oleh manusia. Ia juga di katakan himpunan kerana dalam Al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal TAUHID, IBADAT, JINAYAH, MUAMALAT, MUNAKAHAT dan sebagainya.

Nama-nama Lain
Selain di sebut AL-QURAN, ia juga di sebut AL-KITAB, AL-FURQAN, AN-NUR, AL-ZIKR dan lain2

Proses Penurunan Al-Quran
Al-Quran diturnkan beransur-ansur selama 23 TAHUN. 13 TAHUN di MAKKAH dan 10 TAHUN di MADINAH

Kehebatan Al-Quran
  1. Allah berfirman yang bermaksud :
  2. "Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri."
    (Surah Al-Israa' : Ayat 88)
  3. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberi pahala.
  4. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
  5. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud :
    "dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar."
    (Surah Al-Baqarah : Ayat 23)
  6. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabo s.a.w
  7. Menusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan Al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
  8. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud :
    "Inilah kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa."
    (Surah Al-Baqarah : Ayat 2)
  9. Membaca Al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud :
    "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya"
     
Tuntutan Al-Quran
Sesungguhnya Al-Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya:
  1. Hak untuk MEMBACA dan TILAWAH kepadanya.
  2. Hak untuk MENTAKBIR atau MEMAHAMI MAKNA dan MENJIWAI KEHIDUPAN.
  3. Hak untuk BERAMAL dengan seluruh isi kandungannya.

Peringatan
  1. Al-Quran untuk DIBACA bukan untuk dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi 'SYIFA (UBAT) bagi orang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi PETUNJUK kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan HIDAYAH AL-QURAN dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi s.a.w :
    "Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (AL-QURAN) dan SUNNAHKU (AL-HADIS).

***P/S : Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada semua umat Islam.Amin ***
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon