Puding Caramel

Puding Caramel

Puding Caramel

Bahan-bahan :

Sos Caramel :
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air

Puding Caramel :
6 biji telur 
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1sudu teh esen vanila

Cara-cara :

Sos Caramel
Panaskan gula didalam kuali/periuk hingga gula menjadi cair.. Kacau gula hingga bertukar warna menjadi kekuningan keemasan. Masukkan air perlahan-lahan (perlu berhati-hati kerana keadaan gula yang sangat panas) dan kacau. Apabila diletakkan air gula akan mengeras secara tiba-tiba. Gaulkan gula tersebut sehingga cair semula. Setelah mendidih tutupkan api... Tuangkan adunan sos caramel ke dlm loyang...

***Peringatan : Bilaskan loyang dengan air sebelum memasuki adunan sos caramel ke dalam loyang***

Puding Caramel
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. Gaul lagi. Masukkan susu cair dan air. Gaul.
Masukkan adunan puding caremel ini ke dalam adunan sos caremel (di atas adunan sos caremel). Kukus selama 30 minit.
Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila sudah betul-betul sejuk, baru keluarkan puding dari acuan. 
Sedia untuk di hidang.

***Semasa mengukus, ikat penutup kukus dengan kain supaya wap tidak memasuki ke dalam puding***

Puding Caramel

Puding Caramel

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon