Aku Hanya An-Nisaa


Ya Rabbi...
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
Berfikir sebelum bertindak,
Santun dalam bicara,
Tenang ketika gundah,
Diam ketika emosi melanda,
Bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ,
Sebijaksana UMAR BIN KHATTAB,
Sedermawan UTSMAN BIN AFFAN,
Sepintar ALI BIN ABI THALIB,
Sesederhana seperti BILAL,
Setegar KHALID BIN WALID.

Ya ALLAH...
Jadikan aku tabah seperti UMMU KHADIJAH,
Sehingga dirinya di gelar AFIFAH SOLEHAH,
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucapkan syahadah,
Pengorbanannya bersama Rasulullah,
Susah senag bersama,
Walau hilang harta kerana berdakwah,
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan,
Imannya sedikit pun tak berubah,
Mampukah aku setabah dirinya??
Andai diuji sedikit sudah rebah...
Baru dihina sudah mengalah.
Ya ALLAH..
Tabahkan aku sepertinya...

Ya ALLAH...
Jadikan aku semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH,
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya,
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda,
Anak yang semulia peribadi baginda,
Tangannyalah yang membersihkan luka,
Tangannya jua yang membersihkan cela,
Pada jasad Rasulullah tercinta,
Gagahnya dirinya pada dugaan,
Mampukah aku sekuat Fatimah??
Saat diri terluka dendam pula menyapa,
Saat disakiti maki pula mengganti.
Ya Rabbi...
Teguhkan hatiku sepertinya...

Ya ALLAH...
Jadikan aku sehebat MASYITAH dan SUMAIYAH,
Tukang sisir yang beriman dan keluarga Yasir yang bertakwa,
Sesungguhnya kesabaran mereka menggoncang dunia,
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan,
Mampukah sabarku seperti mereka??
Tatkala digoda nafsu dunia...
Entah mana hilangnya Iman di dada...
Ya RAHMAN...
Kuatkan Imanku seperti MASYITAH,
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih,
Kerana yakin ALLAH pasti di sisi,
Sabarkan aku seperti SUMAIYAH,
Biar tombak menusuk jasad,
Iman sedikit puntak rapuh...

Ya ALLAH...
Jadikan aku semulia UMMU SULAIM,
Perkahwinannya dengan ABU TALHAH atas mahar Iman,
Islamnya Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah,
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami,
Hingga segala panahan ke Rasulullah pada hari Uhud,
Di sambut dengan belakang jasad Abu Talhah.
Ya ALLAH...
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya,
Tinggi nilai cinta pada harga Iman.
Mampukah aku menatap cinta itu??
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan,
Ketulusan Iman di ketepikan.
Ya ALLAH...
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya...

Ya ALLAH...
Jadikan aku sehebat AISYA HUMAIRA,
Isteri termuda Rasulullah,
Biar dilempar fitnah,
Dia tetap teguh pada ketetapan-Nya,
Isteri sejati yang memangku Nabi,
Pada saat terakhir baginda,
Hadis dan Sunnah Rasulullah di pertahankan,
Betapa hatinya seorang Mujahidin.
Ya ALLAH...
Mampukah aku contohi dirinya??
Pada fitnah yang melanda,
Diri mula goyah dan putus asa,
Teguhkan Imanku sepertinya...
Ya RAHIM...

Ya ALLAH...
Teringat diri pada KHANSA,
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH,
Dia meratap tangis...
Anak sulungnya syahid,
Anak keduanya turut syahid,
Anak ketiganya dan keempat juga mati syahid,
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta,
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantat untuk berjihad.
Ya ALLAH...
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad??
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab,
Sedang anak tinggal solat pun tak kisah,
Berikan aku kekuatan sepertinya...
Agar bersedia pada akhirat...

Wahai KAUM ADAM yang bergelar Khalifah...
Dirimu bukan setabah Ummu Khadijah,
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahra,
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah,
Mahupun sehebat Ummu Sulaim 
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman...

Di mana AURAT semakin di buka terdedah
Di mana SYAHADAH hanya pada nama
Di mana DUNIA yang terus di puja
Di mana NAFSU fana menjadi santapan utama
Di mana BATAS sentiasa di leraikan
Di mana UKHUWAH sentiasa di pinggirkan

Wahai KAUM HAWA...
Kita cuma An-Nisaa,
Para pendosa yang terbanyak di neraka,
Lantas walau tak setabah para Mujahidah,
Namun tabahlah pada ketetapan ALLAH,
Kerana pada-NYA ada Syurga!
Walau tak semulia wanita sirah,
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara,
Kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar wanita solehah,
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyiksa,
Kerana padanya ada Bahagia!

Sesungguhnya HAWA tercipta dari tulang rusuk ADAM,
Bukan untuk di tindas kerana lemah,
Tapi untuk di lindungi kerana Indah dan Indah,
Apabila tertutup terpelihara,
Kerana di situlah terjaganya,
Syahadah bak mekarnya wanita dalam sirah
Bimbinglah kami ke arah Syurga...
Bicara dari An-Nisaa yang hina...
Makbulkan doaku...
Aamin Ya Rabbal A'lamin...


Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon