PERISTIWA JUMAAT

Salam JUMAAT....
Hari JUMAAT adalah penghulu  segala hari atau disebut 'SAYYIDATUL AIYYAM' kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi ALLAH SWT. Bagi umat ISLAM, hari ini amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari JUMAAT adalah 
HARI PERTAMA KEMUNCULAN MATAHARI DI DUNIA,
 pada hari itu ALLAH SWT MENCIPTA NABI ADAM
BERLAKUNYA HARI KIAMAT,
dan ALLAH SWT MENGIZINKAN AHLI SYURGA untuk MEMASUKI SYURGA

Manakala MALAIKAT pula menamakan hari JUMAAT sebagai hari penambahan disebabkan banyak pintu RAHMAT di buka dan ALLAH SWT akan melimpah KURNIANYA dan menabur KEBAIKKANNYA.

Menurut IMAM AL-GHAZALI dalam kitab IHYA ULUMUDIN :

=> pada malam dan siang hari JUMAAT ada sesaat yang yang mulia di mana segala pemohonan doa yang akan di makbulkan dan saat itu di rahsiakan

=> siapa yang meninggal dunia pada hari JUMAAT atau MALAM JUMAAT, ALLAH SWT mencatatkan untuknya pahala ORANG SYAHID dan menjaganya dari AZAB KUBUR.




Berlakunya Hari Kiamat : Ya. Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, "Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu, tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya."

Nabi Adam dicipta dan disingkirkan dari Syurga : Hari Jumaat memang istimewa. Hari Nabi Adam diciptakan dan hari beliau diturunkan dari Syurga. Dari Abu Hurairah katakan, Rasulullah bersabda, maksudnya : "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga."

Penghulu segala hari : Jumaat juga merupakan penghulu segala hari. Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud "Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)"

Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat : Menurut Nabi SAW, "Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan ALLAH dari fitnah kubur."

Kebaikan memotong kuku :  Ibnu Masud berkata, "Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, ALLAH akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikan keselamatan."

Doa di antara dua khutbah dimakbulkan : Banyak ulama yang berpendapat doa yang di baca antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, "Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan."
Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy'ari r.a berkata, beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

=> SUMBER <=

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon