TAKDIR : CAHAYA YANG TIDAK TERPADAM

As Salam....
TAKDIR : CAHAYA YANG TIDAK TERPADAM
merupakan sebuah novel ISLAMIK. Novel ni memang lain dr yg lain...


Novel ni, berkisarkan tentang pahlawan2 Islam yg mempertahan dan memperjuangkan ajaran Islam... Ketika Islam mengalami kejatuhan dan semakin berkurangan umat manusia yang mempercayai kewujudan dan kekuasaan ALLAH SWT, masih terdapat sekolompok umat manusia yag masih berpegang kuat dengan ajaran Islam dan mempertahankan ajaran Islam.

Bagi sesiapa yang suka membaca cerita perjuangan Islam dan kepahlawanan... Aku galakkan korang membeli dan membaca novel ni... Aku bagi 5  bintang... Markah pula aku bagi 10/10... Insya-ALLAH, novel ni x kan menghampakan korang bila korang membacanya...

Ok... Di antara novel AYAT-AYAT CINTA dan TAKDIR ni, aku akan kata novel TAKDIR ni lebih bersifat Islamik.... Yaaa.... memang Ayat2 cinta novel Islamik dan berceritakan tentang Islam dan kebenaran... Namun novel TAKDIR ni LEBIH bersifat Islamik, berkisarkan perjuangan umat manusia menyebarkan ajaran Islam dan mempertahankan agama suci ALLAH.

So...aku akan tunjukkan cover novel ni dan sinopsis utk korang tahu lebih lanjut tentang novel ni...

Cover novel (TAKDIR : CAHAYA YANG TIDAK TERPADAM)
TAJUK ; TAKDIR : CAHAYA YANG TIDAK TERPADAM
KARYA ; HILAL ASYRAF
TERBITAN : GELERI ILMU (NOVEL TARBIAH)

Sinopsis :

Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asuna dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah padam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau' Chimayi juga begitu.

Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di tangan Sang Asuna dua belas tahun sebelumnya.

Namun, bukan bagi kerajaan Tanah Haram dan Kota'Hijau' Chimayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya.

Lantas, seorang pemuda di hantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bawaan Sang Asuna. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon