10 Perkara : Bumi Menyeru Kepada Manusia


Berkata Anas Bin Malik r.a ;
"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara"

1 : "Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan di masukkan kedalamnya kelak."

2 : "Engkau melakukan maksiat Di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab di dalam perutku."

3 : "Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku."

4 : "Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku."

5 : "Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku."

6 : "Engkau makan benda haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di makan ulat di dalam perutku."

7 : "Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di hina di dalam perutku."

8 : "Engkau berlari riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perut ku dalam keadaan dukacita."

9 : "Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal kegelapan di dalam perutku."

10 : "Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan berseorangan di dalam perutku."

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon