Gambaran Manusia Berdosa Di Padang Mahsyar


Gambaran-Gambaran Manusia Yang Berdosa  di Padang Mahsyar.
Semoga Menginsafkan Kita Semua... 


Manusia Berwajah Kera:
Suka menabur fitnah sesama manusia

Manusia Berwajah Babi:
Suka memberi dan menerima rasuah

Manusia Yang Buta Kedua Belah Mata:
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

Manusia Yang Pekak Dan Bisu:
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan kepada orang lain

Manusia Yang Mempunyai Tubuh Yang Mengalir Nanah Dan Darah Yang Amat Busuk Serta Menikam Lidahnya Berulang Kali:
Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya

Manusia Yang Badannya Luka Seperti Di Hiris:
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

Manusia Berjalan Terhoyong-hayang seperti cacat:
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

Manusia Berjalan Seperti Mabuk:
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia di dalam masjid

Manusia Yang Rupa Badannya Seperti Khinzir:
Suka makan riba

Manusia Yang Tidak Bertangan Dan Tidak Berkaki:
Suka menyakiti dan menyusahkan jiran sekeliling

Manusia Yang Wajah Dan Badannya Seakan Khinzir:
Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

Perutnya DiPenuhi Ular Dan Kala Jengking Yang Sering Menyengat-Nyengat:
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan dan lain-lain zakat

Manusia Yang Badannya Sangat Busuk Seperti Bau Bangkai:
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

Manusia Yang Tidak Berlidah Dan Darah Yang Busuk Mengalir Dari Mulut:
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

Manusia Yang Berjalan Kaki Ke Atas Dan Kepala Ke Bawah, Darah Dan Nanah Sentiasa Mengalir  Dari Kemaluan:
Suka melakukan zina

Manusia Yang Muka Hitam Dan Perutnya Di Penuhi Api:
Suka makan harta anak yatim

Kulit Di Penuhi Sopak Dan Kudis:
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

Giginya Seperti Tanduk Lembu, Lidah Terjelir Hingga Ke Perut, Najis Dan Air Kencingnya Sentiasa Mengalir Keluar Kemaluan:
Orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Bui Junaidi
AUTHOR
Isnin, Oktober 10, 2011 9:19:00 PG delete

nauzubillah..takutnya..mudahan kita x tergolong dlm golongan yg di senaraikan..amin

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon