Akhirnya Aku Kahwin!

Kahwin??? Siapa??? Aku.....
Huuuuu... buat saspen jer....
Aku belum lagilah....
Tu tajuk novel yang aku baru jer habis baca....
Akhirnya Aku Kahwin karya Herna Diana...
Novel ni best... aku bagi 4 bintang....
Tengok cover novel... cantikkan...
Ala2 FB... Like


Benarlah kata orang,
Kasih ibu membawa ke syurga.
Kasih ayah sepanjang hayat.
Kasihnya kekasih belum tentu kekal.
Kasihnya Allah yang abadi jua.
[Petikan dari m/s 173]

Sinopsis :
Didi - gadis 'comel' yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencintai dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar dari mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggil 'Debab'. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu di balas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jang terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon