Drama Bicara Hati

Drama Bicara Hati...
Di adaptasikan dari novel BICARA HATI karya DAMYA HANNA...
Ni salah satu novel yg aku baca berulang2 kali dan x pernah jemu di baca...
Best.... sampai keluar air mata aku baca novel ni...
Drama ni mempunyai 26 episod...
Di tayangkan di astro prima...
Bila start??? aku x pasti...
Tak saba nak tengok!!!





Sinopsis Novel Bicara Hati :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang pernah dicintainya.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.  Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah di ijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikuti perjanjian yang telah di tetapkan. Zahlia rasa tertipu. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduaan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapay mengungkap segala rahsia.

***Novel yg aku tunggukan untuk di adaptasikan***
Previous
Next Post »

10 Komen

Write Komen
Rabu, November 30, 2011 11:44:00 PG delete

Wah bestnya!! Saya pun minat giler ngan novel ni!! huhu... Ala tapi saya takde astro.. huhu..

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Rabu, November 30, 2011 12:04:00 PTG delete

Hehehe... tak ape.. mana tahu ada yg baik hati upload cerita ni dlm u-tube... sy pun kadang2 lupa @ x sempat nak tengok kat astro...

Reply
avatar
wanie wonek
AUTHOR
Rabu, November 30, 2011 3:16:00 PTG delete

citer macam best sbb akak smpi nangis tapi pelakon tak best la. pelakon tu pntg. klu jln citer je best tp lakonan tak jadi, tak guna gak. tol tak ?

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Rabu, November 30, 2011 3:25:00 PTG delete

@wanie wonek Betul tu wanie... kena tengok pelakon jgak... kalau lakonan x menjadi... karam la cerita tu..

Reply
avatar
Mak Usu
AUTHOR
Rabu, November 30, 2011 7:35:00 PTG delete

wah..kamek pon suka glk ngan novel tok.. berkali2 mek baca.. xmek tauk ada kt tv.. xsaba nak nangga.. hehehhe :)

Reply
avatar
AmirFX
AUTHOR
Rabu, November 30, 2011 10:18:00 PTG delete

Salam.. Follow blog ktk dari blog CikWawaGuana...

Reply
avatar
Bui Junaidi
AUTHOR
Khamis, Disember 01, 2011 9:11:00 PG delete

macam best jak cerita tok..tp kmk x suka hero nya lah..

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Khamis, Disember 01, 2011 9:27:00 PG delete

@Mak Usu kmk baruk tauk juak... ada kat tv... hehehehe

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Khamis, Disember 01, 2011 9:27:00 PG delete

@AmirFX Thankz follow... kejap gik mek follow ktk blk...

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Khamis, Disember 01, 2011 9:29:00 PG delete

@Bui Junaidi mun novelnya nang best kak... harap drama tok best kedak novel juak...
Part hero nya kak... kmk pun x berapa minat hero nya... :P

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon