Drama Bicara Hati...
Di adaptasikan dari novel BICARA HATI karya DAMYA HANNA...
Ni salah satu novel yg aku baca berulang2 kali dan x pernah jemu di baca...
Best.... sampai keluar air mata aku baca novel ni...
Drama ni mempunyai 26 episod...
Di tayangkan di astro prima...
Bila start??? aku x pasti...
Bila start??? aku x pasti...
Tak saba nak tengok!!!

Sinopsis Novel Bicara Hati :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang pernah dicintainya.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah di ijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikuti perjanjian yang telah di tetapkan. Zahlia rasa tertipu. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduaan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapay mengungkap segala rahsia.
***Novel yg aku tunggukan untuk di adaptasikan***
Sign up here with your email
10 Komen
Write KomenWah bestnya!! Saya pun minat giler ngan novel ni!! huhu... Ala tapi saya takde astro.. huhu..
ReplyHehehe... tak ape.. mana tahu ada yg baik hati upload cerita ni dlm u-tube... sy pun kadang2 lupa @ x sempat nak tengok kat astro...
Replyciter macam best sbb akak smpi nangis tapi pelakon tak best la. pelakon tu pntg. klu jln citer je best tp lakonan tak jadi, tak guna gak. tol tak ?
Reply@wanie wonek Betul tu wanie... kena tengok pelakon jgak... kalau lakonan x menjadi... karam la cerita tu..
Replywah..kamek pon suka glk ngan novel tok.. berkali2 mek baca.. xmek tauk ada kt tv.. xsaba nak nangga.. hehehhe :)
ReplySalam.. Follow blog ktk dari blog CikWawaGuana...
Replymacam best jak cerita tok..tp kmk x suka hero nya lah..
Reply@Mak Usu kmk baruk tauk juak... ada kat tv... hehehehe
Reply@AmirFX Thankz follow... kejap gik mek follow ktk blk...
Reply@Bui Junaidi mun novelnya nang best kak... harap drama tok best kedak novel juak...
ReplyPart hero nya kak... kmk pun x berapa minat hero nya... :P
[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon