Kata-kata Panduan (Part-1)


Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang berlayar di lautan yang telah ramai kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah IMAN, dan layarnya TAKWA, nescaya kita akan selamt dari tersesat di lautan hidup.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Setiap yang kita lakukan, biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sesebuah kehidupan. tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi maina orang,

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau di ketuk sukar kembali kepada bentuk asal

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Faz Abas
AUTHOR
Khamis, November 17, 2011 10:48:00 PG delete

singgah menjenguk blog yang sangat cantik ini :)

jemput singgah ke www.kisah-dan-kasih.blogspot.com :)

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Khamis, November 17, 2011 10:58:00 PG delete

@Faz Abas Thankz sudi jenguk blog yg x seberapa ni...
Ok sy singgah n follow awak blk... thankz follow sini...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon