Kata-kata Panduan (Part-6)


Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang.
Sedangkan orang lain menganggap sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua dengan sedaya upaya kita lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering ingat apa yang orang lain ada.

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan pada-Nya.

Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan anda akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan anda akan mencapai yang tertinggi.


Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang...

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah percubaan dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Jadilah sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan kecemerlangan.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon