Tentang Dhia (Slot Akasia)

Kekeliruan mengenai Slot Akasia ni bermula berkaitan TAJUK drama ni...
Drama ni dikaitkan dengan NOVEL TENTANG DHIYA di sebabkan 
tajuk drama ni...
Sebelum ni pun aku ada menulis entry yg bertajuk
Dan di dalam entry tersebut aku ada bertanya
sama ada drama ini diadaptasikan dari novel???
Kini persoalan tersebut sudah terungkai...
Drama Tentang Dhia 
TIDAK ADA KAITAN DENGAN
Novel Tentang Dhiya....

__________________________________________

SINOPSIS DRAMA TENTANG DHIA :


Cinta dan simpati tiada ukuran bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki yang sangat dikasihaninya. Raffi dan Azmi, dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan 3 segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia di cemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung yang disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada dan mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara dan adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendapatkan Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk. Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly di tangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung, keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab kerana Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir, seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat meminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majlis pengkebumiaan Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuaan Dhia. Kemana hala tuju kehidupan Dhia??

Drama Tentang Dhia bermula pada 9 November 2011 (Slot Akasia), Jam 7 menggantikan Drama Soffiya.. Drama ini diarahkan oleh Feroz Khan dan ditayangkan sebanyak 28 episod. Drama ini dibintangi oleh Adi Putra (Zikir), Nora Danish (Dhia), Tasha Shila (Rose), Izreen Azminda (Melly), Ako Mustafa (Azmi),
Irfan Roslan (Raffi)

____________________________________________________

SINOPSIS NOVEL TENTANG DHIYA :


Dhiya Nurliza dan Azril Mustaufi 'terpaksa'  kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah fahan kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu : Tipikal groupmate : Tak datang diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!
Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh leganya...!
Namun takdir telah menemukan mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biada Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?
Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

_______________________________________________

Ok lepas baca kedua2 SINOPSIS.. apa pandangan korang...
Jelaskan Drama Tentang Dhia dan Novel Tentang Dhiya
TAK ADA KAIT-MENGAITKAN...
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon