Salah Siapa???


Rancangan ari ni... nak ke Semunjan...
Singgah sekejap di Pasar Minggu Satok...
Waktu sarapan pagi... Cik aku yg duduk di Semunjan call...
Cakap dia nak turun ke Kuching...
So plan pun cancel...
Kita org pun jalan2 pusing bandar Kuching jer....

Bila sampai rumah...
Duduk rehat sambil berborak...
Borak punya borak....
Tiba2 tajuk tentang "terlanjur" terkeluar...
(Kes buang anak baru2 ni)

Bila bercerita tentang mengandung sebelum kahwin ni... memang mengerikan bagi org perempuan yg belum berkahwin... Bila mak dah buka mulut... anak2 duduk diam jer dengar... X berani nak menyampuk lebih2...

"Mak ni nak cerita tentang anak2 perempuan org... memang mak tak berani... anak2 mak sendiri ada perempuan... suatu hari nanti... bila korang dah kahwin mesti ada di antara korang bagi cucu perempuan kat mak... mak takut... mak dok mengumpat pasal anak org lain... terkena batang hidung mak sendiri... sekarang ni Allah bayar tunai... tak hutang2... daripada mak nasihat dan dok mengata tentang anak org lebih baik mak selalu ingatkan anak2 mak sendiri..."

Aku dgn kakak aku... diam jer... x berani nak menyampuk...  Lepas tu mak sambung lagi...

"Kalau betul ada lelaki yg berkenan kat korang... kenalkan kat mak bpk... masuk meminang... Bila sesuatu berlaku pd seseorg anak tu tak kira anak lelaki ke perempuan ke... org pasti akan kaitkan dgn mak bpk dan keluarga... org mesti akan tanya... anak siapa tu??? cucu siapa tu??? siapa mak bpk dia??? kakak siapa??? adik siapa? Siapa yg nak dipersalahkan... Anak??? Mak Bpk??? Kawan??? Masyarakat???"

Aku dgn kakak aku masih lagi duduk diam... langsung x berani nak menyampuk... dengar jer... lagi pun apa yg dikatakan mak aku tu betul... 

p/s : Jgn mudah sangat nak turutkan apa yg bf korang nak... Sekiranya seseorg lelaki itu sayang kepada seseorg perempuan... Dia tidak akan mengambil sesuatu yg bukan HAK dia...

***Aku tiap2 hari berdoa... semoga di jauhkan dr dosa zina ni.... Semoga Allah Lindungi Aku dan keluarga aku ***
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
AmirFX
AUTHOR
Sabtu, Disember 24, 2011 11:00:00 PTG delete

Semoga kita semua dijauhkan dari perkara ya.. Amin...

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Ahad, Disember 25, 2011 9:11:00 PG delete

@AmirFX Amin... semoga Allah lindungi kita semua...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon