Serikin => Kuching

Leave a Comment
Waktu pulang dr Serikin, aku ajak bpk aku pergi singgah satu kawasan... tempat yg kami lalu sblm sampai Serikin yg ada dinosour2 (aku memang tak tahu apa nama kawasan ni) yg aku tahu itu adalah mini zoo. Bila dah sampai tempat yg di tuju, apalagi kami pun bertukar jadi kanak2 rebina... hehehehehe... kami ramai2 tangkap gambar.... sblm2 ni bila kami lalu kawasan ni memang tak ada lagi patung2 dinosour ni... Rasa2nye dinosour2 ni masih baru lagi.... ;-P

My mom & dad

Anak2 dara bposing

My kazen 'Rozana'

My sis 'Masni'

Rasa nak je gamba bpelukan...hihihi

Senyum2...'Linda'  =)

Peluk jgn x peluk

Mula2 nak  duduk atas zirafah.. lepas tu x jadi...

(^_^)

Aku nak makan.. lapar...lapar...lapar

Lari2....

^_^

Me n my sis

Usu Saffri & Usu Kiah

Tahan... tahan...

AAAAAAAAAAAA...........

Kazen 'Rozana' n 'Ummi'
(= Misi slps raya.... kami akan menjejakkan kaki lagi ke pasar Serikin =)
Read More

Pasar Serikin

1 comment
As salam.... Semalam (24 Julai 2011), program nak pergi Serikin ni tak ada dlm perancangan mak dgn bpk aku sbenarnya.... kalau diikutkan hanya usu aku dgn kazen2 aku aje yg nak pergi....  Tp, awal pagi mak aku hanya nak bagi tahu kat aku, kakak dan adik aku yg dia dan bpk aku nak join usu dan kazen2 aku ke Serikin...  Yg kami 3 beradik dlm mamai bangun tido, keluar bilik terus cakap nak ikut... mak aku tu, mula2 diam je... bila dia cakap 'kemas' hah apa lagi, kami 3 beradik terus bkemas siapkan diri...  Kami berangkat dr rumah dlm pukul 7 lbh dan sampai Serikin lebih kurang jam 8... Pergi awal ni lbh selesa sbb kurang panas dan bila masuk tengah hari cuaca pun mula panas membahang dan org pun mula ramai... Bpk aku, kalau pergi ke Serikin memang suka pergi awal pagi sbb bila kt pergi awal balik pun awal... lagi pun bila org tak ramai proses nak tawar menawar pun senang. Sebelum tengah hari kami dah berangkat pulang. Oven yg kami cari tak ada lagi sbb sudah habis jadi terpaksalah order dulu. Minggu ini terpaksalah kazen aku ke Serikin semula sbb nak ambil oven tu....

Adik aku dgn family usu
Oven nilah yg kami cari tp kehabisan stok

Basikal antik...


Vespa 

Tokek


Gerai

Perabot

Gerai kain

Gerai Jam

Tanduk Rusa


Read More

Ramadhan Bulan Berkat

Leave a Comment

Lagu : Ramadhan Membawa Berkat
Nyanyian : Hijjaz

Kelebihan Berpuasa
(1) Puasa Mendekatkan Diri Kpd Allah

Allah berfirman :
Maksudnya : "Lelaki2 dan perempuan yg berpuasa, lelaki dan perempuan yg menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yg byk menyebut (nama) Allah , Allah tlh menyediakan bg mereka keampunan dan pahala yg besar" [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman : 
Maksudnya : "Dan berpuasa lbh baik bagimu jika kamu mengetahuinya" [Al-Baqarah : 184]

(2) Puasa Mengawal Syahawad

Nabi bersabda : 
Maksudnya : "Wahai pemuda2! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan dan barang sesiapa tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)" [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

(3) Puasa Menyelamatkan Seseorg Dr Neraka

Nabi bersabda : 
Maksudnya : "Tidak seorg hamba berpuasa sehari di jln Allah, kecuali Allah menjauhkan dia (kerana puasanya) dr api neraka sejauh tujuh puluh thn" [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153]

Nabi bersabda :
Maksudnya : "Puasa adalah perisai, dimana seorg hamba itu berperisai dgnnya dr api neraka" [HR Ahmad : 15922, Lihat Shahih Attarghib :970]

(4) Puasa Menjanjikan Syurga

Dr Abi Umamah, beliau bkata :
Maksudnya : "Wahai Rasulullah! Tunjukkan kpdku, amalan yg boleh membawaku ke syurga."   Nabi bersabda "Ke atasmu puasa, tidak ada amalanyg sama dengannya." [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i  : 2097]

Kelebihan Bulan Ramadhan
(1) Bulan Yg Diturunkan Padanya Ai-Quran

Allah berfirman :
Maksudnya : "Bulan Ramadhan  bulan yg diturunkan pdnya (permulaan) Al-quran sbg petunjuk bg manusia dan penjelasan2 mengenai  petunjuk itu dan pembeza (antara haq dab batil), brg siapa antara kamu yg hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pd bulan itu." [Al-Baqarah : 185]

(2) Bulan Yg Padanya Ada Lailatul Qadr

Allah berfirman :
Maksudnya : "Sesungguhnya, kami tlh menurunkan (Al-Quran) pd Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu, apakah Lailatul Qadr itu? Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]

(3) Bulan Yg Di Buka Pintu2 Syurga, Di tutup Pintu Neraka dan Dibelenggu Syaitan
Nabi bersabda :
Maksudnya : "Apabila tiba Ramadhan; tlh dibuka pintu2 syurga, tlh ditutup pintu2 neraka dan dibelenggu syaitan2" [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan
(1) Puada Di Bulan Ramadhan Menjanjikan Pengampunan Dosa
Nabi bersabda :
Maksudnya : "Barang sesiapa yg berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa2nya yg lalu" [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

(2) Puasa Di Bulan Ramadhan Menjanjikan Syurga
Nabi bersabda :
Maksudnya : "Barang siapa yg beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dan mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka tlh layak baginya utk dimasukkan oleh Allah ke dlm syurga" [HR Al-Bukhari : 2637]

Sumber : ummuayman.wordpress.com

Read More

Puasa (^o^) Puasa

Leave a Comment
Assalamualaikum....
Aku rasa semua dah sedia maklum apa yg boleh dan tidak boleh di buat dlm bulan Ramadhan.
Entry ini aku buat untuk dikongsi bersama serta untuk peringatan termaksuklah aku sendiri.
Semua sedia maklum org Islam diwajibkan berpuasa dan 'Berpuasa di bulan Ramadhan' di senaraikan di dalam  Rukun Islam.

 Pengertian Puasa :
"Menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari"

Hukum2 puasa :

( 1 ) Wajib 
  • Puasa yg dilakukan pd bulan Ramadhan, qada' bulan puasa, puasa kifarah dan puasa nazar.


( 2 ) Sunat
  • Puasa dlm bulan Sya'ban
  • Puasa 6 hari dlm bulan Syawal
  • Puasa Arafah pd 9 Zulhijjah
  • Puasa pd hari Tasu'a dan 'Asyura pd 9 dan 10 Muharram
  • Puasa pd hari Isnin dan Khamis
  • Puasa 3 hari dalam tiap2 bulan pada 13,14 dan 15 (bln Islam)
  • Puasa satu hari berbuka satu hari
  • Puasa 8 hari drpd bln Zulhijjah sblm hari Arafah bg org yg sedang mengerjakan haji atau tidak.
  • Puasa dlm bulan2 haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab
( 3 ) Makruh :
  • Menentukan hari untuk berpuasa seperti Jumaat sahaja, Sabtu atau Ahad sahaja
  • Berpuasa sepanjang tahun
( 4 ) Haram :
  • Puasa sunat seorg perempuan tanpa izin suaminya
  • Puasa pd hari Syak iaitu pd hari 30 Sya'ban
  • Puasa pd hari Raya Aidil Fitri, hari Raya Aidil Adha dan hari2 Tasyrik'
  • Puasa perempuan haidh dan nifas
  • Puasa bg org yg bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat2 Puasa :

( 1 ) Wajib
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berupaya (Sihat)
  • Bermukim
( 2 ) Sah
  • Islam
  • Berakal
  • Bersih dr haidh dan nifas sepanjang hari
  • Niat
Niat Puasa bulan Ramadhan

Niat Puasa sebulan Ramadhan

Niat Berbuka Puasa

Faedah Berpuasa :
  • Melahirkan perasaan belas kasihan kpd golongan miskin
  • Mendidik nafsu dan jiwa ke arah kebaikan
  • Dpt merasai apa yg ditanggung oleh golongan miskin
  • Puasa merupakan perbuatan taat kpd Allah
  • Mendidik budi perkerti utk memiliki sifat2 terpuji
  • Puasa mengajar sesorg amanah terhadap diri sendiri
  • Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan (disiplin)
  • Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dlm jiwa manusia
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Memasukkan sesuatu dlm rongga bdn dgn sengaja kecuali terlupa
  • Makan dan minum sepanjang hari
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dgn sengaja
  • Keluar darah haidh atau nifas
  • Gila
  • Pitam aatau mabuk sepanjang hari
  • Murtad
Perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa
  • Berbekam
  • Mengeluarka darah
  • Berkucup
  • Merasa makanan
  • Bersugi slps gelincir matahari
  • Mencium wangian
Keuzuran Yang Mengharuskan berbuka Puasa
  • Musafir
  • Sakit
  • Mengandung @ Ibu yg menyusukan anak
  • Org tua yg lemah
Sumber ; www.al-zim.com


Read More

Istimewa Buat Wanita (Part 2)

Leave a Comment
  • Apabila seorg wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah SWT mencatatkan baginya 1000 kebaikan dan mengampuni 2000 kesalahannya, bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah SWT mengangkatkannya 1000 darjat untuknya.
  • Seorg wanita yg solehah lbh baik dr 1000 org lelaki yg tidak soleh dan seorg wanita yg melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan di bukankan baginya 8 pintu syurga yg dia dpt masuk dr pintu mana saja tanpa dihisab.
  • Mana2 wanita yg menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya @ menyediakan makan minumnya @ memandang ia pada suaminya @ memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya @ memanfaatkan hartanya pd suami kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka disunatkan baginya akan tiap2 kalimah ucapannya, tiap2 langkahnya dan setiap pandangannya pd suaminya sebagaimana memerdekakan seorg hamba. Pd hari kiamat kelak, Allah SWT kurniakan NUR hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorg pun yg sampai ke martabat itu melainkan Nabi2.
  • Tidak putus ganjaran dr Allah SWT kepada seorg isteri yg siang dan mlmnya mengembirakan suaminya.
  • Wanita yg melihat suaminya dgn kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dgn kasih sayang akan di pandang Allah SWT dgn penuh rahmat.
  • Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 thn solat.
  • Wanita yg melayan baik suami yg pulang ke rumah di dlm keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Dari Hadrat Muaz r.a ; "Mana2 wanita yg berdiri atas dua kakinya, membakar roti utk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dr bakaran api neraka."
  • Thabit Al Banani berkata ; "Seorg wanita dr Bani Israel yg buta sblh matanya sangat baik khidmatnya kpd suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pd suatu mlm, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu. Pd keesokkannya matanya yg buta tlh celik. Allah SWT kurniakan keramat (kemuliaan pd perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
  • Pd suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa org wanita dlm masjid itu. Baginda lalu bertanya ; "Adakah kamu menyebahyangkan mayat?" Jawab mereka ; "Tidak." Sabda baginda ; "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bg kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kpd suami, niscaya pahalanya sama ibadat2 org lelaki.
  • Wanita yg memerah susu binatang dgn "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dgn doa keberkatan.
  • Wanita yg menguli tepung gandum dgn "Bismillah" , Allah SWT akan berkahkan rezekinya.
  • Wanita yg menyapu lantai dgn berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu laintai di Baitullah
  • "Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan menjadikan 7 parit diantara dirinya dgn api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
  • "Wahai Fatimah, bg setiap wanita yg memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebyk utus benang yg dibuat dan memadam 100 perbuatan jahat."
  • "Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg menganyam akan benang dibuatnya, Allah tlh menentukan satu tempat khas utknya dia atas takhta di akhirat."
  • "Wahai Fatimah, bg setiap wanita yg memintal benang dan kemudian dibuat pakaian utk anak2nya maka Allah akan mencatatkan bgnya ganjaran sama seperti org yg memberi makan kpd 1000 org lapar dan memberi pakaian kpd 1000 org yg tidak berpakaian.
  • "Wahai Fatimah, bg setiap wanita yg meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebyk helai rambut mereka dan memadamkan sebyk itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata org2 yg memerhatikannya."
  • Sabda Nabi SAW ; "Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dr sungai2 serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dr taman2 syurga dan di catatkan Allah baginya kelepasan dr api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
  • Jika suami mengajarkan isteri satu masalah akan mendapat pahala 80 thn ibadat.
  • Wanita yg menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jln Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 thn lbh awal drpd suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan didlm syurga, dan menunggu suaminya dgn menunggang kuda yg dibuat dr yakut.
  • Semua org akan dipanggil utk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kpd wanita memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dgn istiqamah.
  • Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan ailah wanita (isteri) yg solehah.
  • Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringat pula maharnya (mas kahwin).
  • Sebaik2 wanita ialah wanita (isteri) yg apabila engkau memandang kpdnya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) jika engkau kepergian dijaga harta engkau dan dirinya.
  • Dunia yg paling aku suka ialah wanita solehah.
  • Rasulullah SAW bersabda ; "Allah tlh memberikan sifat iri (cemburu) utk wanita dan jihad utk lelaki. Jika seorg wanita itu melatih kesabarannya dgn iman dgn mengharapkan pahala dr sesuatu perkara yg menyebabkanya menjadi cemburu (iri hati) seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid."

Sumber : Point2 dr halaman ini terdapat di dlm kitab Kanzul 'Ummal. Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjian, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dll

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...