Novel # JAN 2012

Untuk Bulan ni aku beli 3 buah novel.....
So aku harap aku sempat habis baca....


Tajuk : Suami Yang Kubenci
Karya : E-man Sufi
Terbitan : KaryaSeni

Sinopsis :
Perkahwinan di antara dia dan Uwais Ukasyag bagaikan duri yang mencucul tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalau bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.

Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya... cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati... satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang di benci. Penjual burger juga layak untuk di cintai!

Mampukah rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kahadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? Atau mungkinkah penceraian adalah jalan penyelesaiannya?

"Terima Uwais? Kau buat lawak apa ni? Malas aku nak cakap pasal dia..." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korang kan dah jadi suami isteri..."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu...!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?"

__________________________________________________


Tajuk : Kelat-kelat Sayang
Karya : Izzul Izzati
Terbitan : SR Publication

Sinopsis :
Wajah manis Salina pasti bertukar warna hjau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina.

"Hai, itik!"

Hampir terlompat Salina mendengar teguran yang terasa dekat sekali di telinganya. Anak mata ditalakan ke arah wajah pemilik suara yang menegur. Seperti biasa Aizam membuat iklan gigi tidak berbayar di hadapan matanya. Argh! Mahu sahaja dia mencabut satu-persatu gigi Aizam. Kemudian dirangkaimenjadi rantai itik dan dikalungkan ke leher.

"Semalam tak datang sekolah, itik demam terendam air ke?" Aizam terkekek ketawa. 'Eii! Anak hantu ni!' Salina mengigit bibir, tanda geram. Pagi-pagi lagi sudah membuat urat sarafnya kembang dan berangin satu badan. "Tak baik tau, marah-marah dengan bakal kekasih>" Aizam sengih nakal.

Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkan ras sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun lalu. Rombongan peminangan Aizam membuatkan hidup Salina huru-hara seketika. 3 Misi pendamai perlu dilunaskan segera bagi menyekat kemaraan rombongan Aizam. Persoalan utama. Berjayakah misi Salina? Berjayakah dia meraih cinta lamanya? Berjayakah Salina menghalang dari jarinya di sarung cincin oleh emak Aizam?

Biarpun begitu perjalan hidup Salina rupanya tidak semanis angan-angannya. Bercinta dengan A, bertunang dengan B. Mengadap to kai dengan C. Umpama menelan ubat, biarpun pahit namun terpaksa ditelan demi meneruskan kehidupan.

Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Seumpama buah manggis, biarpun kulitnya rasa pahit dan kelat tetapi isinya tetap manis dan enak di makan.

__________________________________________________


Tajuk : Sungguh Aku Mengerti
Karya : Amisha Dania
Terbitan : Karya Seni

Sinopsis :
Danisha Khalida - Siapa yang tidak ingin dicintai? Tetapi mampukah Danisha menerima cinta daripada seorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesucian nya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?

Tengku Isma Danish - Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali  Danisha Khalida. Sikap Danisha yang selamba mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu kekurangan ilmu agama dalam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.

"Kau diamlah. Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik Encik Danish ni, betul tak Encik Danish?" Entah bila masa Danisha Khalida jadi seberani begitu, Zakiah pun tidak tahu. Tetapi dia cukup selamba 'menembak' Encik Danish.

"Ye... betul tu Nisha. Culiklah saya. Saya rela..." Bergurau pula Tengku Isma Danish. Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Rajin pula melayan budak-budak berdua ni. Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisha Khalida ni, tapi hari ini... dia teruja dengan telatah mereka berdua.
Previous
Next Post »

8 Komen

Write Komen
Chenal
AUTHOR
Sabtu, Januari 07, 2012 9:57:00 PG delete

dah tua cam tuk...bila baca novel...5 minit dh ngantuk!

Reply
avatar
aReLaN
AUTHOR
Sabtu, Januari 07, 2012 10:09:00 PG delete

ntah mengapa diri ini memang tak minat langsung baca novel.hahahaha

Reply
avatar
Sabtu, Januari 07, 2012 12:33:00 PTG delete

huhu emang penggemar novel yang tegar nie hehe Ana tak minat novel ;p

Reply
avatar
akuamir
AUTHOR
Sabtu, Januari 07, 2012 12:38:00 PTG delete

camne dapat kulit gambar macam tu?? ke terkenal sampai ade kat google ohh..??
jemput singgah blog aku.. :)

Reply
avatar
masz
AUTHOR
Sabtu, Januari 07, 2012 4:13:00 PTG delete

@Chenal hehehehe... baca comik dan buku cerita untuk anak2 jer mesti boleh...

Reply
avatar
masz
AUTHOR
Sabtu, Januari 07, 2012 4:14:00 PTG delete

@aReLaN hehehehe... tak pe... boleh cari bahan bacaan lain....

Reply
avatar
masz
AUTHOR
Sabtu, Januari 07, 2012 4:15:00 PTG delete

@❖ Cik Ana ❖ Sy mula minat baca novel ni... masa mula dpt keja... masa sekolah dulu tak terdedah dengan novel... ;P

Reply
avatar
masz
AUTHOR
Sabtu, Januari 07, 2012 4:18:00 PTG delete

@akuamir cover novel tu... sy google jer... sy malas nak tangkap gamba pastu upload... lebih mudah cari kat google jer... lagipun syrk penerbitan novel2 ni mesti dah upload cover novel2 tu awal untuk penggemar2 novel...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon