Seorang lelaki menginap di sebuah hotel peranginan. Hotel tersebut menyediakan sebuah komputer dan internet kepada sesiapa yang menginap di botel tersebut. Lelaki tersebut mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, lelaki tersebut telah tersilap menaip alamat e-mail isterinya. Dan tanpa memeriksa, lelaki itu terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah pula, seorang wanita yang baru pulang ke rumah selepas selesai menguruskan pengkebumian arwah suaminya mengambil keputusan untuk memeriksa e-mail. Terdapat beberapa e-mail yang dihantar oleh saudara-mara dan teman-temannya. Wanita tersebut membuka e-mail pertama dan membaca e-mail tersebut. Selesai membaca e-mail tersebut, wanita itu pengsan. Anak lelaki, wanita tersebut bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya pengsan di hadapan komputer. Untuk mengetahui punca ibunya pengsan, anak lelaki wanita tersebut membaca e-mail yang terdapat di screen komputer :
To : Isteri Kesayanganku.
Subject : Abang Telah Selamat Sampai
Abang tahu, sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama kepada insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Sign up here with your email
2 Komen
Write Komenhihihi...dah baca dah sebelum ni...seronok kan baca 'karangan2' sebegini...
Reply@Eryatihehehehe... sy ambil ni dr fb... tak da idea nak update... sy letak jer laa... supaya yg datang kat sini terhibur...
Reply[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon