Berkumpul Memeriahkan Rumah Allah

Semalam 25/03/2012 (Ahad)
Jawatan Kuasa Masjid di kampung arwah nenek aku telah menganjurkan Majlis Hafazan dan Menulis Jawi..
Majlis bermula jam 9 pagi... dan peserta diminta berkumpul seawal jam 8.30 pagi...

Ni 'pentas' untuk peserta2 bertanding... 
(Penggunaan kerusi tu amatlah sesuai sbb peserta hafazan juga terdiri dari Warga Emas yg tak mampu duduk terlalu lama atau bersila)

Pertandingan dimulakan oleh peserta Kanak2 perempuan dan kemudian Kanak2 Lelaki...
Tepat jam 10 pagi... Para peserta dan tetamu di jemput untuk sarapan pagi...

Mee Goreng... yang bulat panjang tu Kuih Celorot dan kuih yg satu lagi... aku tak ingat apa nama dia...
(Masa ni memang tengah lapa sbb pagi tak sempat nak sarapan)

Selepas sarapan... peserta dan tetamu berkumpul di dalam masjid semula...
Pertandingan di sambung semula oleh Peserta Remaja dan akhir sekali Peserta Dewasa (Warga Emas)
Alhamdulillah Pertandingan Hafazan selesai tengah hari...
Dan para peserta dan tetamu sempat solat Zohor berjemaah....
Selepas Zohor Pertandingan Menulis Jawi bermula...
Bila selesai... pengiraan markah terus di buat...

Alhamdulillah... baju kuning tu kazen aku Zaki... dia dapat tempat ketiga dalam hafazan dan menulis jawi...
Dan kat sebelah dia tu mak aku... mak aku pula dapat tempat ketiga dalam hafazan dalam ketogeri Dewasa (Warga Emas)

Selesai majlis penyampaian hadiah...
Para peserta dan tetamu di jemput untuk makan tengah hari....
Hidangan tengah hari memang simple tapi menyelerakan...
Berlaukkan ayam masak merah, telur masin dan sayur masak lemak...
Selepas makan...
BERSURAI...

\/

\/

\/

\/

Pic yg aku suka hari tu... aku bergambar dengan cute Hanapi...
Gambar ni diambil sebelum kami bertolak ke masjid...
Previous
Next Post »

17 Komen

Write Komen
Cik Nur
AUTHOR
Isnin, Mac 26, 2012 3:47:00 PTG delete

mcm mana isi dalam kueh yg panjang tu ye mas.. :)

Reply
avatar
cIk JanNah
AUTHOR
Isnin, Mac 26, 2012 4:33:00 PTG delete

tahniah to ur kazen and emak kamu mazs!

Reply
avatar
Nazayiena
AUTHOR
Isnin, Mac 26, 2012 5:10:00 PTG delete

Tahniah pd ibu dan kazen Mazs,kuih celorot lamaknya kmk dah sik mkn....

Reply
avatar
Rumah Kuning
AUTHOR
Isnin, Mac 26, 2012 5:36:00 PTG delete

salam. bestnya masjid buat progran mcm ni.

Reply
avatar
Deru Ombak
AUTHOR
Isnin, Mac 26, 2012 8:36:00 PTG delete

Waaa... Mak Masz comey...

Tahniah pada kazen Masz yang hensem tu..

Kuey celerot??? Resepi plisss..

Reply
avatar
Bui Junaidi
AUTHOR
Isnin, Mac 26, 2012 9:28:00 PTG delete

EIII..NYAMA KUIH CELOROT YA..LAMAK DH KMK X MAKAN..NYAM2

TAHNIAH NGAN KAZEN KTK,MAK KTK JUAK..LEH TAHAN EH

Reply
avatar
dyabunga
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 12:41:00 PG delete

kuih celorot? first time dya dgr..sedap ke??

Reply
avatar
kay_are
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 12:56:00 PG delete

dah lame dah takde aktiviti2 camni kat area sini.. mungkin sebab tak ramai budak2 kot.. huu

Reply
avatar
Kancil 8349
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 8:18:00 PG delete

meriahnya...semoga ia berkekalan

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 11:49:00 PG delete

Sorry anty... sy tak de resepi kuih celorot ni...
kalau nak makan selalunya main beli jer...

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 11:50:00 PG delete

tak... tak sempat penyertaan dah di tutup...
sy datang dan memeriahkan majlis jer... :)

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 11:51:00 PG delete

isi dia warna coklat... lembut...

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 11:52:00 PG delete

heheh... memang sedap... :)

Reply
avatar
Chenal
AUTHOR
Rabu, Mac 28, 2012 11:35:00 PG delete

Ehh...bukan d Masjid Demak ka Masz??
Kampung my wife yoo!
Anak kamek peserta no.1 ompuan..peserta paling mudakkk hafazan!
x pat dtg ari ya..coz ado hal lain!

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Rabu, Mac 28, 2012 11:47:00 PG delete

Aok Masjid Demak tok...
oohh... rasanya kmk tauk...
cute anak ktk...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon