Lafazkan Kalimah Cintamu



Lafazkan Kalimah Cintamu
Karya Siti Rosmizah....

Novel ni dah lama beli... pada tahun 2010...
Dan untuk keberapa kalinya aku membaca semula novel ni....
Baru masuk bab 1, 2 dan 3 dah mula adegan air mata...
Dah baca beberapa kali pun... air mata tetap ada... huhuhu...
Permulaan novel memang sedih....
Kisah anak bongsu yang disisih papanya...
Dan papanya menyalahkan dirinya punca mamanya jatuh sakit...
Aku boleh katakan novel ni memang memainkan pelbagai emosi...
Sedih, jenaka, geram, marah, benci dan gembira...
Dan bila dah habis membaca...
Memang rasa berbaloi membeli novel ni....


SINOPSIS :
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupan seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yg tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberi Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa, Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ammer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagiaan dalam hidupnya? mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?

p/s : Nak minta tolong korang LIKE pic ni ==>> KLIK SINI
Maksih.... :)
Previous
Next Post »

7 Komen

Write Komen
Cik Nur
AUTHOR
Selasa, Mac 20, 2012 12:08:00 PTG delete

kisah kekeluargaan...tentulah sedih..huhu..

Reply
avatar
cIk JanNah
AUTHOR
Selasa, Mac 20, 2012 2:45:00 PTG delete

lamanya tak baca novel. rajin betol masz ada masa baca novel

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Selasa, Mac 20, 2012 3:04:00 PTG delete

Novel Siti Rosmizah menang menarik...
Semua novel dia sy dah baca n beli buat koleksi... :)

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Selasa, Mac 20, 2012 3:06:00 PTG delete

Ha'ah cik nur... kisah kekeluargaan...
Memang sedih... kena ready tisu kalau nak baca...
Sy sampai selsema baca novel ni...
Memang emo... huhuhuhu

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Selasa, Mac 20, 2012 3:08:00 PTG delete

hehehe.... buat masa ni, memang ada masa nak baca...
sekarang ni dlm opis tak de keja nak di buat...
baca novel ni pun sbb nak hilangkan boring dudok sorang2 dlm opis ni...

Reply
avatar
syahirah
AUTHOR
Ahad, Mac 25, 2012 2:48:00 PTG delete

alaa .. belum lagi baca novel ni..teringin sesangat..nnt nk pi beli laa

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon