M.A.I.D


Ni merupakan novel pertama Suri Ryana....
Aku beli novel ni 01/05/2011
(Tiap kali aku beli novel mesti aku letak tarikh bila aku beli)
Dan untuk keberapa kalinya aku membaca semula novel ni...

Novel ni berkisarkan kisah Noorul yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang lelaki yg sangat cerewet sehinggakan mendapat gelaran Mr. F (fussy)...
Mr. F merupakan seorang yg anti kepada perempuan dan suka mencari kesalahan Noorul... Apa saja yg di buat Noorul sentiasa tidak kena pada matanya...
Dan Noorul pula berusaha mengekalkan pekerjaannya sebagai pembantu rumah untuk meringankan beban yang ditanggung maknya di kampung....

Keseluruhan cerita ni sempoi dan kelakar...  kalau nak tahu lebih lanjut tentang novel ni... korang bacalah...
atau korang boleh ke BLOG SURI RYANA [LINK]  untuk membaca permulaan cerita M.A.I.D

Sinopsis :
Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandang, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering kali mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarkannya Mr. F (fussy).
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Mush perniagaan Tan Sri Hamdan?
Serabut Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.
Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini?

p/s : tak saba nak beli dan baca novel terbaru Suri Ryana " Isteri Separuh Masa" mesti best gak...

Previous
Next Post »

7 Komen

Write Komen
Selasa, Mac 27, 2012 1:22:00 PTG delete

Ohh ade buku baru, maid mmg best...nak beli la nnt

Reply
avatar
are_lin@yu
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 1:28:00 PTG delete

ayu pun suka baca novel..klu cta ni best blh beli nanti..hihi

Reply
avatar
MaryaYusof
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 1:35:00 PTG delete

As salam Masz,

Macam menarik je novel ni... Suka cerita2 yg sempoi2 mcm ni ;)

Reply
avatar
Bui Junaidi
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 3:17:00 PTG delete

SINOPSIS MCM BEST JAK..TP KMK ADA 3 NOVEL NUNGGU X TERBACA2..XDA MASA..ADOHAIII

Reply
avatar
Selasa, Mac 27, 2012 4:33:00 PTG delete

tak bosan membaca novel ni..akak pun baca berkali-kali....dan ianya merupakan koleksi yang paling akak sayang.

Reply
avatar
Yana Libra
AUTHOR
Selasa, Mac 27, 2012 10:58:00 PTG delete

dah baca dah..mmg best..hehe~~

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon