Akasia # Seindah Sakura



Sebuah lagi drama yg diadaptasikan dari novel..
Kini novel SEINDAH SAKURA
Karya LIZA ZAHIRA
Terbitan ALAF 21
pula di dramakan...

Drama ni menggantikan drama CINTA BUAT EMELDA yg juga di adaptasikan dari novel KASIH ANTARA KITA yang bersiaran dalam slot Akasia dari hari Isnin hingga Khamis jam 7-8 malam...
Drama Seindah Sakura ni di bintangi oleh Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha.

Sinopsis Novel :
SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. 
Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.
Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. 
Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. 
Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. 
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. 
Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. 
Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. 
Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. 
Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...


p/s : aku belum ada novel ni... nanti ada masa nak cari sampai dapat... 

Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Nazayiena
AUTHOR
Rabu, Mei 09, 2012 12:52:00 PTG delete

Baru nanga first episod jak ari ya....

Reply
avatar
Bui Junaidi
AUTHOR
Rabu, Mei 09, 2012 1:24:00 PTG delete

KMK RASA MCM NAK FOLLOW LAH CERITA TOK..CAM BEST JAK

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon