Jalan Tu Aku Yang Punya # Part 2




Part 2 ni aku nak cerita sikit beberapa sikap pemandu yang aku tak suka...
Dan mungkin korang pernah mengalaminya..
Sbb aku selalu kena...

Pertama : SILAU
Bila sebut silau ni mesti berkenaan lampu... Aku paling tak suka bila terserempak pemandu yg guna lampu tinggi sama ada dari arah hadapan atau arah belakang... Malam memanglah gelap tp bila tahu ada kereta dari arah bertentangan, gunalah lampu rendah, jgn guna lampu tinggi... Pemandu lain nak pandang ke depan pun selesa... Kadang2 tu terpaksa balas balik guna lampu tinggi, bila dah kena macam tu, baru nak guna lampu rendah... tu kalau kenderaan dr arah bertentangan... kalau kenderaan kat belakang, kena pasrah jerlah... langsung tak boleh pandang cermin pandang belakang...


Kedua : PARKING
2 lot parking tp yg parking nye sebuah kereta jer... Dahlah parking2 kat Malaysai ni terhad 'bilangan kereta lebih banyak dari parking yg di sediakan' boleh pula buat tempat parking macam ada nama dia kat lot tu..

Satu lagi situasi yg paling aku tak suka tempat parking ni... aku guna 'Si A' dan 'Si B' supaya senang nak cerita k... Si A ni tengok Si B ni simpan barang dalam kereta... kiranya Si B ni dah habis shopinglah... Tp Si B ni boleh pulak 'berlakon' adegan menyimpan barang dalam bonet... Punyalah lama adegan tu... Sedangkan Si B ni perasan Si A ni dah menunggu siap bagi SIGNAL lagi... dan Si B ni pun perasan di belakang kereta Si A tu dah bersusun, beratur panjang... Lepas habis adegan menyimpan barang, Si B ni pun masuk dalam kereta... Dah tahu ada yang menunggu tp tak jugak keluar2 parking.... Langsung tak bertimbang rasa... Memang SAKIT HATI jumpa pemandu macam ni.... 


Ketiga : SIGNAL
Aku nak tanya... kalau bagi signal bateri tu cepat habis ke??? Tak rasanya... dan tak rugi sekiranya guna signal semasa memandu... Susah sangat ke nak bagi signal bila nak ke kiri ke, nak ke kanan ke... Rasanya tak susahkan.... Waktu ambil lesen pun dah dibagitahu kegunaan signal tu...  Punyalah malas tahap CIPANZI... bukan lama mana nak bagi signal tu... Signal tu di sediakan untuk memudahkan pengguna2 jalan raya lain... Selain tu signal boleh mengelak berlakunya kejadian yg tak diingini...

***Pandulah dengan SELAMAT...***

Previous
Next Post »

9 Komen

Write Komen
Ahad, Mei 27, 2012 10:58:00 PG delete

buat macam biasa ..drive carefully ..:)

Reply
avatar
Cinta Misteri
AUTHOR
Ahad, Mei 27, 2012 11:25:00 PG delete

Silau - silaukn balik bg yg dr arh brtentangan. Klau yg blakang bg silau, bg lmpu hazard slowkn kete bg potong. Pstu bila dh ada kt blakang, silaukn dia balik
Parking- 1.tulis nota amaran letak kt wiper 2.kluar ketuk tingkp dia tanya "dh sudah?"
Signal- yg ni tktau dh nk ckp apa.bila dh xcden br nk kecoh

Reply
avatar
keli menari
AUTHOR
Ahad, Mei 27, 2012 11:33:00 PG delete

Selalu kena.Letih dapat orang camni.Tapi nak marah pon tak leh.Marah dalam hati setan pulak.Lastnye diam saja.Huhu

Reply
avatar
teratak hati
AUTHOR
Ahad, Mei 27, 2012 12:55:00 PTG delete

jadilah pemandu berhemah kan...

Reply
avatar
Hanif Idrus
AUTHOR
Ahad, Mei 27, 2012 1:29:00 PTG delete

silau..adalah perkar ayang paling aku benci..terutama kereta kat belakang sucuk dekat dengan lampu besar..dia...haaaaaa!!!

Reply
avatar
Yana Libra
AUTHOR
Ahad, Mei 27, 2012 8:22:00 PTG delete

setuju..kdg2 yg signal tu mmg bengang la..kete mahal2 takkan signak xde kot kan..huhu~~ (emo lak tetibe :p)

Reply
avatar
eVa
AUTHOR
Ahad, Mei 27, 2012 11:21:00 PTG delete

mengalaminya beribu2 kali hahaha.. ya mek plg xsuka drive.. jiwa nak manas leh driver2 x bertimbang rasa huh..

Reply
avatar
Rafflesia™
AUTHOR
Isnin, Mei 28, 2012 12:38:00 PG delete

paling begang part signal. syieda pengguna moto. kereta bukan main besar gedabak, mewah segala bagai. potong kite bukan main laju. pastu break masuk kiri. memang kene hon panjang la.. biar retak cermin kete mahal die tu. harap kereta je besar. otak.. hurmmm.. alamak emo lak. hihihi

Reply
avatar
Isnin, Mei 28, 2012 8:56:00 PG delete

perangai org kt tak jgka kan..bahaya ada dimana2..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon