Sambal Belimbing Hitam


Ada rupa sambal belimbing hitam tak??? 

Sambal Belimbing Hitam...
Menu tengah hari ni....
Aku dapat tahu tentang menu ni pun dari entry Anty Deru Ombak...
Lepas tu cari resepi kat google...
Google... punya google... akhirnya jumpa...
Dan aku ambil resepi dari Blog Dapur Tanpa Sempadan...
Resepi kat bawah di COPY PASTE dr blog Dapur Tanpa Sempadan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan belimbing buluh rebus
1/2 cawan cili padi (mat guna dekat2 nak1 cawan...penggsann >__<)
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
5 camca besar kicap manis (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kicap pekat (mat tambah)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK BELIMBING REBUS :- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji (atau lebih, ikut banyak mana yang anda suka). Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk (mat guna periuk nasi lama), JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
UNTUK BAHAN SAMBAL :- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.
UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). Tolak ketepi kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol. Selamat mencuba!!..
 Sumber Resepi : Dapur Tanpa Sempadan

Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Cik Nur
AUTHOR
Sabtu, Mei 19, 2012 2:25:00 PTG delete

pergghh..terliur ni..!

a'ah, pernah tgk dalam blog anty deru ombak..!

dan di situ jugalah nur baru tahu ada resepi belimbing hitam,

selalunya mak nur buat masak lemak udang je belimbing buluh ni...hihih

Reply
avatar
Spudin
AUTHOR
Sabtu, Mei 19, 2012 2:48:00 PTG delete

eleh masz ..SP pun suka jugak sambal belimbing hitam ..tapi selalunya, belimbing hitam ni, buat gulai ikan patin .. lagik kawww

Reply
avatar
Deru Ombak
AUTHOR
Sabtu, Mei 19, 2012 3:03:00 PTG delete

Masz..menjadiiikkk... Sedapkan.
Menu yang anty google tu belimbing kena rebus 4 jam.. Muntah kaler pelangi tunggu.. Lagipun anty rebus 5 kilo belimbing. Dah habispun bagi sana sini.. Nak kena rebus lagi ni... Ikut cara mat gebu plak.. Cepat sikit kot.

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Sabtu, Mei 19, 2012 3:35:00 PTG delete

@ Nur : memang sedap nur... hehehe
sy pun baru tahu yg belimbing ni boleh buat cara lain... sblm ni mak sy buat macam mak nur buat tu...

@ Spudin : hehehe... family sy tak makan ikan patin... dan kebanyakkan org sarawak memang tak bolek makan ikan patin... pantang dari keturunan...

@ Anty Deru Ombak : memang menjadi anty... tu pun mak yg kena tolong sama... cara mat gebu memang cepat anty... sy rebus tak sampai 4 jam... sy buat pun dlm 1 kilo jer belimbing...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon