Telemovie : Tiada Yang Kedua


Bila tengok banner ni...
Aku memang peras (hampo)...
Huhuhu... tak dapat nak tengok....
Rumah aku tak de ambil channel Citra....
Aku dah baca novel ni... dan novel ni memang best...

Telemovie ni dibintangi oleh Ayu Raudhah, Piera Andre, Azie Yahya, Dian P.Ramlee, Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

Sinopsis Novel :

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimilik. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecew! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?


Previous
Next Post »

5 Komen

Write Komen
Cik Nur
AUTHOR
Sabtu, Mei 12, 2012 3:00:00 PTG delete

mcm menarik..!

tapi rasanya mbaca lagi terkesan dari menonton...

Reply
avatar
Sabtu, Mei 12, 2012 4:03:00 PTG delete

aku lebih suka nonton baca mah lama ..hhehehe

Reply
avatar
Sabtu, Mei 12, 2012 4:23:00 PTG delete

ehhh macam name kite jee . haha
best ea cite tu ??

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Sabtu, Mei 12, 2012 4:38:00 PTG delete

@ Cik Nur :
sokong tu nur... bagi sy pun macam tu... membaca lebih berkesan dr menonton... menonton ni pulak cuma nak tahu jalan cerita best macam novel atau tak...

@ insanicita.blogspot.com
hehehe... cita rasa sorang2 tu lain.. mungkin awak mendapat kepuasan dr menonton... dan sy akui gak... kalau dibuat movie atau telefilem munking tak mengambil masa tp bila di buat drama memang mengambil masa...

@ Yasmin Aris
hehehe... hampir sama... kalau novel memang best... kalau telefilem ni tak tahu pulak... harap memuaskan... :p

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon