10 Sikap Buruk Manusia Yang Di Cela Oleh ALLAH


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar

Sumber # www.ustazazhar.net
 
Previous
Next Post »

8 Komen

Write Komen
Cinta Misteri
AUTHOR
Sabtu, Jun 09, 2012 9:44:00 PG delete

MasyaAllah....
Minta dijauhkanlah penyakit2 hati kat atas ni. semoga kita sama-sama menjaga tingkah laku agar tidak tegolong dlm golongan manusia yg bersifat burok.

*muhasabah diri sendiri

Reply
avatar
Yumida
AUTHOR
Sabtu, Jun 09, 2012 10:03:00 PG delete

peringatan utk diri kmk...thanks masz...

Reply
avatar
Yana Libra
AUTHOR
Sabtu, Jun 09, 2012 10:04:00 PG delete

Mintak dijauhkanlah~~

tp, saya rasa kadang2 tanpa sedar ada beberapa sifat tu dalam diri ni..huhu~~

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Sabtu, Jun 09, 2012 10:26:00 PG delete

@ Cinta Misteri : Insya-Allah... sama2lah kita berusaha dijauhkan dr sifat2 burok ni...

@ Yumida : makseh... tok pun peringatan utk kmk juak...

@ Yana Libra : Amin... betul tu yana... kadang2 kita tak sedar sifat2 tu ada dlm diri kita termasuklah sy...

Reply
avatar
Chic Na
AUTHOR
Sabtu, Jun 09, 2012 11:24:00 PG delete

akan sentiasa beringat. tp kdg2 tak sedar. tq mas atas peringatan. :)

Reply
avatar
Sabtu, Jun 09, 2012 11:32:00 PG delete

betul tuh ..kita kena beringat selalu lah masz kan ?

Reply
avatar
profmie
AUTHOR
Sabtu, Jun 09, 2012 12:53:00 PTG delete

isyhh..kena sentiasa beringt...t'utama yg no.1,2 & 10..yg lain pun kena sntiasa b'ingt gak..Muge dijauhi dr semua perkara di atas...sbbtulah klu bleh jgn byk b'ckp melainkn perkara penting sje..

Reply
avatar
Sabtu, Jun 09, 2012 4:43:00 PTG delete

Takut pulak bacanya...Semoga di jauhkan...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon