Bidadari Salju


Bidadari Salju
Novel karya Mia Kiff
Keluaran SR Publication

Mula2 baca novel ni memang sedih...
Aku sampai menitis airmata... 
Sedih... kesian dgn heroin... 
Dia dibuli di sekolah, dipulaukan org kpg, di benci bapa sendiri...
Semuanya angkara FITNAH....

Dah nak masuk dua minggu aku dok mengadap novel ni...
Tak habis2... 
Mungkin sbb minggu lepas sibuk buat persiapan kenduri kazen aku...
Tu yang mood nak baca novel ke laut...
Minggu ni sambung balik baca...
Hari ni baru setengah dr novel baru di baca...
Lagi pun novel ni tebal giler...


Tebalkan novel ni....
Aku siap ukur dgn pembaris lagi... hehehe
2 inci ++ tebalkan novel ni...
Berat pun boleh tahan woahhh..

Tengok... berapa muka surat novel???
Ada 1265 muka surat...
Betapa tebalkan novel ni....

p/s : Aku pun satu jugak....
Suka beli novel tebal2...
Sekarang ni tengah usaha nak menghabiskan novel ni...
Ada sebuah lagi novel yg belum di baca....
Novel tu pun tebal jugak...
________________________________________________________________________________

Sinopsis : Bidadari Salju

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Jangan ada yang berani tertanya soal ini kerana dia tidak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri.

Perjalan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri dihina, keluarga disisih masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri.

"Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!"

Kayra hanya mampu  menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bbohsia, pelacur, perempuan murah. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan?

"Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dahmalu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!" Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik.

"Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ni sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa mulka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku. Kau adalah manusia yang paling aku benci!!!

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puaas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

Previous
Next Post »

29 Komen

Write Komen
Khamis, Jun 21, 2012 3:21:00 PTG delete

mcm best je novel ni..nak pg belila....

Reply
avatar
siti kektus
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 3:24:00 PTG delete

sangat tebal buku nih. kalau ngadap saja, sekejap lah kot dah boleh habis. kalau tak rajin ni, mau sebulan kang. :D

Reply
avatar
Cik Nur
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 3:36:00 PTG delete

perghh..tebalnya..!
nur akan pilih novel yg sederhana tebal je.hihih

Reply
avatar
Khamis, Jun 21, 2012 3:50:00 PTG delete

tebal benar ni.. jenuh lau bc smbil brg ni..huhu.

Reply
avatar
iEdA
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 3:51:00 PTG delete

cm besh jer tp tebalnyer...bku SR yg latest pon x abes bc lg..hoho

Reply
avatar
are_lin@yu
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 4:12:00 PTG delete

mcm bez ja..teringin nk baca..hehe

Reply
avatar
Tinta Lana
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 4:19:00 PTG delete

Salam.

Masz, tebalnya! T____T

1000+ muka surat..fuhhh..tak smpai lagi tahap tu..huhuhu

Reply
avatar
teratak hati
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 4:45:00 PTG delete

Tebalnya..tk suka bc novel tebal2 cmni..tp prnah la jgk bc..

Reply
avatar
Wanieys
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 5:09:00 PTG delete

jalan citer nmpak menarik la mas...nk kena beli juga la mcm ni hihihi...

Reply
avatar
Khamis, Jun 21, 2012 5:10:00 PTG delete

kmk tek lagik tbl novel ya,lagik kmk suka..hehe

Reply
avatar
Khamis, Jun 21, 2012 5:36:00 PTG delete

fuyoo tebal tu..selamat membaca..
mama skrg dh mmg takde masa lgsg nak ngadap novell..ehhe

Reply
avatar
Chic Na
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 6:15:00 PTG delete

wahhh tebalnya mas. gerun cik na tengok. kalau cik na komfem awal2 lg surrender. hehe.. selamat membaca mas. :)

Reply
avatar
Khamis, Jun 21, 2012 10:53:00 PTG delete

mak aii! tebal nya novel ya.
kak vi pun suka novel. maok kak vi try carik juak kelak =0)

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 11:03:00 PTG delete

tudiaaa tebal yg amat.. sy novel yg nipis punbila baca mengantuk. kalu tebal camni, xtau nk katalah.. hihii

Reply
avatar
aReLaN
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 11:48:00 PTG delete

rajin betul masz baca novel kan.hehehe..keep it up.

Reply
avatar
9n0L4
AUTHOR
Khamis, Jun 21, 2012 11:50:00 PTG delete

mak oiii. tebalnyeee novel. bile nak abis tu. ;)

Reply
avatar
::CIK LYNN::
AUTHOR
Jumaat, Jun 22, 2012 3:52:00 PG delete

mak aiii...tebal gila...cik lynn suka baca novel tapi bila dah sibok, memang lupa teros pasal novel:)

Reply
avatar
etuza
AUTHOR
Jumaat, Jun 22, 2012 5:54:00 PG delete

banyak membaca banyak ilmu dek...best juga bidadari salju..tajuk novel pun dah menarik perhatian tu..

Reply
avatar
Dieyna
AUTHOR
Jumaat, Jun 22, 2012 8:22:00 PG delete

suka baca novel ye.. akak pun tapi akak kumpul novel en RAM je.. hehe dulu2 baca semua gak

Reply
avatar
Jumaat, Jun 22, 2012 9:18:00 PG delete

dila mmg xmnat novel..yg ni tebalnye!lg tido bila dila baca..hihi

Reply
avatar
Bui Junaidi
AUTHOR
Jumaat, Jun 22, 2012 11:23:00 PG delete

FUYOOOO,NANG TEBAL..X LARAT EH..HAHAHA

Reply
avatar
gadis virgo
AUTHOR
Ahad, April 21, 2013 10:46:00 PG delete

perhhh tebal giler. suka baca novel yg sedang2 je tebalnya. kalau novel yg tebal2, susah sikit nk habiskn.

Reply
avatar
gadis virgo
AUTHOR
Ahad, April 21, 2013 10:48:00 PG delete

perhhh mmg teballah novel ni. suka baca novel yg sedang2 je tebalnya. klau yg terlampau tebal, x taulah bila boleh habiskn.

Reply
avatar
Dyana
AUTHOR
Rabu, Julai 03, 2013 12:43:00 PTG delete

baru smalam berjaya abeskan dlm 2 hari sbb jalan cter dia best..cpt je bce sbb nk tahu ending..mcm2 halangan tuk bahagia..seyes best..xtipu..

Reply
avatar
Anna King
AUTHOR
Ahad, Ogos 11, 2013 8:57:00 PTG delete

Novel tebal2 la best best baca. Baru puas hati jalan cerita lengkap

Reply
avatar
Anna King
AUTHOR
Ahad, Ogos 11, 2013 8:58:00 PTG delete

Novel tebal2 la best baca. Baru puas hati jalan cerita lengkap

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon