Kebenaran Mengenai Kucing

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan :

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing :

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
Sumber : FB  : Dunia macam-macam
Previous
Next Post »

27 Komen

Write Komen
Dylla Abas
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 10:25:00 PG delete

fakta tentang kucing yg sy tahu ia binatang kesayangan nabi :)

nice info!!

Reply
avatar
dilla nadila
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 11:13:00 PG delete

diela suke kucen jugak....
tp xdpt nak bela sebab malas nk cuci bile dorg buang air..masz pun bela kucen ye..bestnye...suke main kucen tau

Reply
avatar
siti kektus
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 11:45:00 PG delete

banyak kelebihan kucing ni. dah lah coeml. :D


abah selalu cakap, kalau bela kucing, nanti murah rezeki :)

Reply
avatar
lelamaisara
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 11:46:00 PG delete

Oh....saya suke jugak kucing ni...tapi ada orng kat umah tak minat saya tak jadi nak bela....

Reply
avatar
Sabtu, Jun 23, 2012 12:09:00 PTG delete

huhuhu... slalu tidow dgn kucing..
suke sgt2..

Reply
avatar
myself
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 1:51:00 PTG delete

info yang menarik..tq =)

Reply
avatar
teratak hati
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 3:49:00 PTG delete

Owh..siap ada kajian sains..mmh btul la kn..

Reply
avatar
Yumida
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 3:57:00 PTG delete

semua pusak mek suka sis..penah kmk ada pusak mata juling..tetak jak kmk 2 laki mek..pusak siam..betina..org berik..kmk 2 ambik jak..pasya mala k jd bahan tetak kmk 2..mak acai ya dolok..tp kinek toknya dh ilang..sine ndak tujunya ya kh

Reply
avatar
Misz Mieza
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 6:31:00 PTG delete

Nice sharing! I love cats damn much.. =)

Reply
avatar
Chic Na
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 7:18:00 PTG delete

cik na suka kucing tp at the same time takut. hehe.. suka tgk je, pegang mmg tak berani. ;)

Reply
avatar
aizamia3
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 7:22:00 PTG delete

tak boleh bela kucing, nanti takde sape nak handle.. sekadar bagi makan pada kucing yang datang bolehler.. ;)

Reply
avatar
Tinta Lana
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 8:37:00 PTG delete

Salam.. :)

Masz..selama ni, lana cuma tau kucing tu haiwan kesayangan baginda je..huu..tak tahu fakta2 lain macam dlm entry ni..patutla, selama ni tak pernah dgr org mati sebab kucing..anjing tu dah bnyk kali kan,gara2 jangkitan kuman, lebih2 lgi dri air liurnya.

Aah, lana pun pasan gak permukaan lidah kucin tu macamna.

Sebenarnya, terasa gak bila baca hadis tu..dulu, memang salu buat..tapi time tu, tak baligh lagi, kah3. zmn kecik2 lu, tak dpt bela kucen, bila kucen jiran dtg, lekas2 tngkp, buh ia dalam bakul. heh3. jahat giler aku dolu2, heh3

Reply
avatar
Cik Nur
AUTHOR
Sabtu, Jun 23, 2012 11:47:00 PTG delete

bila baca pasal kucing, nur automatik akan teringat kucing nur....huhuh

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
Ahad, Jun 24, 2012 1:26:00 PG delete

ooo br sy tau yg rupanya kucing xda kuman..

Reply
avatar
LadyBird
AUTHOR
Ahad, Jun 24, 2012 1:55:00 PTG delete

lady suke kucing... time kucing jilat2 jari tu paling best.. rs nak suh kucing jilat lama2..

Reply
avatar
Miss BaNu
AUTHOR
Ahad, Jun 24, 2012 4:20:00 PTG delete

sy syg kucing..happy jer bila ada kucing disisi..

Reply
avatar
Miss BaNu
AUTHOR
Ahad, Jun 24, 2012 4:20:00 PTG delete

sy syg kucing..happy jer bila ada kucing disisi..

Reply
avatar
Deq's Qienz
AUTHOR
Ahad, Jun 24, 2012 4:49:00 PTG delete

kucin jugak merupakan binatang kesayangan Rasulullah :)

Reply
avatar
Ahad, Jun 24, 2012 10:22:00 PTG delete

whoaa...kucing ? saya jumpa saya cium je mulut dia.hahahahha

Reply
avatar
Kancil 8349
AUTHOR
Isnin, Jun 25, 2012 5:14:00 PG delete

fakta yang menarik...dari dulu lagi ia sudah diketahui sebelum pakar2 barat

Reply
avatar
Momo
AUTHOR
Isnin, Jun 25, 2012 7:55:00 PG delete

neeko kawaaii.. (kucing comel) hehehe.nice info..:)

Reply
avatar
izan mama mia
AUTHOR
Isnin, Jun 25, 2012 8:42:00 PG delete

kucing mmg comel tapi saya alah dengan kucing...nk bt camana....

Reply
avatar
Isnin, Jun 25, 2012 10:48:00 PG delete

cik en amat sayangkan kucing!heehheh
anjing tu merajuk la.. nak tahu kisah nye jom baca
http://www.nurfuzie.com/2012/06/anjing-itu-merajuk-la.html

Reply
avatar
Selasa, Jun 26, 2012 12:09:00 PG delete

sameow!!! sayang sgt kat kucing Masha yang sekarang dah balik kg...rindu nak main2 dengan dye...huhu

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon