Drama : Adam & Hawa

Drama ni di mainkan pada hari Isnin - Khamis... Jam 10 mlm yer...
Episod sebanyak 80... Di Astro Mustika, 134

Adam & Hawa
Dari Novel diadaptasikan ke Drama...
Novel ni... merupakan salah satu novel kegemaran aku...
Aku baru jer selesai tengok episod 1 - 3....
Sangat2lah berpuas hati...
Drama ni di mainkan di channel Astro Mustika...
Dan rumah aku tak de channel ni...
So aku tengok drama ni kat SINI dan SINI...
Kalau korang nak tengok... silalah Klik link kat atas yer...

Cover Novel : Lama & Baru

Sinopsis Novel

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Previous
Next Post »

12 Komen

Write Komen
Deqla manjew
AUTHOR
Khamis, Ogos 30, 2012 12:32:00 PTG delete

x pernah baca la novelnye..huhuhu...

Reply
avatar
Khamis, Ogos 30, 2012 12:38:00 PTG delete

aduhaiii..kalo tgk ni terpaksa ikut setiap episod ni..

Reply
avatar
BERT
AUTHOR
Khamis, Ogos 30, 2012 12:47:00 PTG delete

masz pun layan... cite ni mmg bess kan!! syok je layan.. drama yang musti tengok.. lagi2 ada aaron ajiz tu huhu

Reply
avatar
Isabel Diaz
AUTHOR
Khamis, Ogos 30, 2012 12:51:00 PTG delete

bestlh cerita towk.. tanggar 10 kali pn x lejuk

Reply
avatar
Cik Cyida
AUTHOR
Khamis, Ogos 30, 2012 12:58:00 PTG delete

owh, boleh eh tgk kat situ..
hehehe :)

Reply
avatar
Cendol
AUTHOR
Khamis, Ogos 30, 2012 1:13:00 PTG delete

haha malasnye nak tengok drama2 ni.nanti masz cerita la katcendol.hehe
novel tu cendol penah la bce selak selak sikit sebab tyme tu kwn2 sume duk gila kat novel tu..depa kate best la hape la..bce la sikit2 walaupn mmg malas nk bce novel..not bad =)

Reply
avatar
Azee Hana
AUTHOR
Khamis, Ogos 30, 2012 1:23:00 PTG delete

minat jugak..tapi asal main kat 134..x ade..huhu

Reply
avatar
Cik Nur
AUTHOR
Khamis, Ogos 30, 2012 3:40:00 PTG delete

mmg nampak mcm bestkan drama ni..
novel nur xbaca pun lagi...

Reply
avatar
are_lin@yu
AUTHOR
Khamis, Ogos 30, 2012 4:08:00 PTG delete

tak sempat tgk lg..mcm menarik..hehe

Reply
avatar
steffany daph
AUTHOR
Sabtu, September 01, 2012 11:03:00 PG delete

cerita dlm novel sngt bagus (: dah baca.

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon