Laksa Sarawak

Kali ni aku nak kongsi cara buat Laksa Sarawak...
Petang Raya Pertama mak aku buat sikit Mee Laksa...
Raya Kedua... Buat lagi laksa... Adik2 pak aku datang dari Sri Aman...
Diorang teringin nak makan Laksa...
Lepas tu... Raya ke Enam.. hari Jumaat.... Buat lagi Laksa....
Dan mak aku dah merancang....
Insya-Allah... Raya Haji nanti nak buat lagi Laksa...
Jemput saudara2... eratkan lagi ikatan kekeluargaan...

Laksa Sarawak Stail Mak Sadiah....
Sadiah tu nama mak aku yer...
Takut korang tertanya2... siapa Sadiah....
Ni antara dua jenis laksa yg mak aku guna utk buat laksa...
Bila di gabung... tak sangka... sedap pula...
Laksa Cap Burung Bayan dan Laksa hasil buatan Hj Manan...
Kalau tak silap... dlm setiap pek Laksa Hj Manan tu... ada cara membuat jugak...
Senang utk sesiapa yg pertama kali nak buat...

Imej Laksa pinjam dr Google....
Ini cara mak aku buat laksa yer...

Bhn:
Sambal Laksa, Mee Bihon, Ayam,
Udang, Telur, Limau Kasturi, Daun sup,
Santan.
Bawang merah, putih, serai dan halia (Blanderkan kalau malas nak tumbuk)

Cara2:
Rebus Ayam sampai masak....
Angkat ayam... dan carik2kan ayam...
Air rebusan ayam tadi... gunakan pula untuk rebus udang...
Kemudian, bila masak... angkat udang...
Jangan di buang air... Biarkan saja dan kecilkan api....

Cara nak buat sambal laksa pula...
Panaskan sedikit minyak dlm kuali... masukkan bawang merah, putih, serai dan halia...
Tumis sampai masak... Kemudian masukkan sambal laksa...
Kacau... kacau.. kacau....
Bila dah mendidih tutupkan api...

Masukkan sambal laksa ke dalam air rebusan...
Gaul rata... biarkan mendidih sekejap...
Lepas tu masukkan santan...
Kuah sambal ni akan nampak pekat...
So sila tambah air...

Sementara menunggu sambal mendidih...
Goreng kan telur... kemudian hiring nipis2...
Daun sup pun... hiris nipis...
Taugeh dan mee di celup...


Cara penyedian...
Ambil sedikit mee Bihon...
Letak taugeh, ayam yg di carik, telur yg di potong nipis,
letak udang, tabur daun sup...
Kemudian sendukkan Kuah laksa...
Perahkan Limau kasturi...


Sesiapa yg suka pedas bolehlah tambah sambal belacan...
Cili kering + Belacan = Blander jer... senang...
Sebelum masuk belacan, belacan tu bakarkan sekejap...

Ada yg kata... kalau tak letak sambal belacan bukan laksa Serawak namanye...
Tp aku takkan letak sambal belacan sbb aku tak tahan pedas...
Dan bagi aku... Kuah laksa ni ada rasa pedas dia sendiri...

p/s : waktu membuat tu mak aku main anggar jer...
sebab tu aku tak tahu nak letak kuantiti bahan2...
Ikut sesedap rasa jer...

***Hari Ni Cuti Hari Kemerdekaan... Dan Entry Ni Auto-Publish***

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55
Previous
Next Post »

32 Komen

Write Komen
Jumaat, Ogos 31, 2012 12:39:00 PTG delete

nyaman eh... macam sedap jakkk :)

Reply
avatar
Hanif Idrus
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 12:39:00 PTG delete

Selamat merdeka!!!!!!
Hehe..dari raya pertama sampai ke beraya-raya semuanya laksa...ini mesti kaw-kaw popular ini.
Kena paksa wife masak ni.. Tapu nak pedas2 punya

Reply
avatar
nanabyte
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 12:43:00 PTG delete

Salam,

waaahh. sedap2. ritu mase rumah terbuka nana, mak pn buat laksa sarawak. mak import paste kaler ijau tuh dr sane. laksa sarawak paling laku tyme rumah terbuka nana. byk kali da topup mee bihun, topup kuahnyew sbb abes. hehe

Selamat hari raya ke 13 (?) n selamat hari merdeka 55

Reply
avatar
babycomel
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 1:02:00 PTG delete

1st time tengok laksa sarawak ni, xpernah tengok & rasa pun sebelum ni. ada udang, cam best je tengok =)

Reply
avatar
Tinta Lana
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 1:39:00 PTG delete

Adoi..masz ni..suka la kan tayang2 makanan.. mencik2, (-_-) hehehehe

Reply
avatar
Cinta Misteri
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 1:46:00 PTG delete

Laksa Sarawak tu bukan Mee Golok ker...? hehehehe...dah macam mee udang plak kannnn....sedapnya :)

Salam Kemerdekaan dari Johor Bahru

Reply
avatar
Jumaat, Ogos 31, 2012 2:00:00 PTG delete

wah,,,, macam best je,, muja suka laksa,, biasa makan laksa pinang je,,

Reply
avatar
eVa
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 2:47:00 PTG delete

perghhh nyaman gila.. kmk first day raya ngn 4th day raya masak laksa jak2 for open house.. kepak tp berbaloi bila suma abis.. laksa is the best! haha.. selamat hari raya..

Reply
avatar
rAIHan
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 2:58:00 PTG delete

oo resepi..mana nak cari perencah tuh..:(

Reply
avatar
Cik Nur
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 4:56:00 PTG delete

perghh..sedapnya nampak..!
teringinnya nak makan laksa serawak.. kat sini laksa kuahnya di buat dari isi ikan... :)

Reply
avatar
izan mama mia
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 5:59:00 PTG delete

peminat laksa datang nie....hiihihi..sedapnyer....

Reply
avatar
boni kacak
AUTHOR
Jumaat, Ogos 31, 2012 8:38:00 PTG delete

pinggan tu.macam kat rumah saya jugak la.hahaha

Reply
avatar
Sabtu, September 01, 2012 8:27:00 PG delete

merdeka! merdeka! merdeka!

mcm sedap bukan main je ni...teringin pulak nak rasa laksa sarawak ni :)

Reply
avatar
aku eryati
AUTHOR
Sabtu, September 01, 2012 10:44:00 PG delete

wah sungguh menyelerakan la..nampak gambar aje mcm sedap...

Reply
avatar
steffany daph
AUTHOR
Sabtu, September 01, 2012 11:07:00 PG delete

(: suka mkn laksa. kuahnya yummm..sedapp sngt.

Reply
avatar
aisya
AUTHOR
Sabtu, September 01, 2012 2:12:00 PTG delete

Lama xmakan laksa sarawak lok.. huhu

Reply
avatar
shedameor
AUTHOR
Ahad, September 02, 2012 5:06:00 PG delete

pehhh, sedap. sheda suke laksa !

Reply
avatar
Cikgu Ma
AUTHOR
Ahad, September 02, 2012 9:13:00 PG delete

nnt akak nak try jugak buat laksa sarawak...setahun dok sana xda org ajar...makan penah la...

Reply
avatar
LadyBird
AUTHOR
Ahad, September 02, 2012 4:08:00 PTG delete

kalau 1st time buat ni, rs2nye menjadi x ek..

Reply
avatar
Cik Aini
AUTHOR
Isnin, September 03, 2012 5:08:00 PG delete

dulu dh pernah mkn ms time g jenjln kat srwak..
1st time nk mkn tu terkejut sbb dlm laksa ada ayam dgn udang,ms tu terpikir btul ke laksa nih.hahahaa

**tetiba tingin nk mkn lg..pos ckit bleh x mas?hehehe

Reply
avatar
Isnin, September 03, 2012 9:04:00 PG delete

wahhh sye mmg penggemar laksa tpi tak pernah lagi rase laksa sarawak nih..versi Mak Sadiah lagi..hehehe..kecor ayo lio tgok nih..leh try nanti.Thanks mas

Reply
avatar
dyabunga
AUTHOR
Isnin, September 03, 2012 10:10:00 PG delete

dya tak pernah rasa laksa sarawak..hihih

Reply
avatar
Wanieys
AUTHOR
Isnin, September 03, 2012 10:26:00 PG delete

wah bleh cuba ni xpernah mkn lg laksa srwk dok mkn laksa kedah jer hihi...nampak menarik la mas

Reply
avatar
Deqla manjew
AUTHOR
Isnin, September 03, 2012 10:42:00 PG delete

laksa sarawak x penah lg mkn..siyes!

Reply
avatar
are_lin@yu
AUTHOR
Isnin, September 03, 2012 1:29:00 PTG delete

sedapnya..tak pernah rasa algi ni..hehe

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon