Cik Lynn : Jom Main Teka2!!

8 comments

Jom main teka2 kat blog Cik Lynn

syarat2 dia mudah je :
1) jadi follower aku... -WAJIB- (xnak jadi cam GA hari tu...huhu)
2) buat entry entitled 'Cik Lynn : Jom Main Teka2!!' n link ke entry ni...
3) teka kat bawah ni...boleh guna skill Nujum Pak Belalang...hehe (1 jawapan je tau)
4) submit link entry korang tu n id follower...(cam biasa la)
*xikot syarat kira disqualified la ya walaupun jawapan betul*


Jumlah Tekaan : RM 95.55

Tarikh Tutup : 10 June 2012, 11.59 PM
Nak Join : KLIK GAMBAR atas yer...

Read More

SEGMEN 2:6 pekara tentang saya

21 comments

6 Perkara Tentang Aku ...

1. Hantu Novel... setiap ujung bulan mesti beli novel 

2. Tak gemar makan makanan yg pedas... org kata tak pedas...
aku boleh pulak kata pedas... 

3. Suka kucing... meow... meow... meow... 

4. Minat colour MERAH dan PURPLE... 

5. Suka karok... walaupun suara tak sedap ibarat katak memanggil hujan... 

6. Cepat mengalir air mata... baca novel menangis... tengok cerita menangis... tengok iklan pun menangis... dan tengok org lain menangis pun boleh menangis...  

Nak Join : Sila KLIK BANNER
Segmen sehingga 13 June 2012

Read More

Cuti 4 Hari

22 comments
Semangat turun kerja hari ni....
Hehehehe...
Sebabnya esok cuti...
Sarawak cuti semperna Gawai Dayak....
dan plus... hari Isnin pun diistiharkan cuti...
4 hari cuti... nak buat apa ye?
Esok dan Sabtu... 
Ada kenduri kahwin jiran...
Ahad pula... ada tukang datang nak tukarkan tingkap lama yg dah rosak...
Dan hari Isnin pula belum ada apa2 rancangan lagi...
Mungkin duduk rumah... rehat2kan badan n karok...
Lalalalalalalalalala......
Untuk 4 hari cuti ni...
Mungkin kurang BW dan ada entry auto-publish...
Insya-Allah... lepas cuti aku balas kunjungan korang...

Read More

Ayam Masak Kicap Sos

25 comments
/\

/\
SEBELUM
DAN
 SELEPAS
\/

\/

Alhamdulillah... kenyang... tinggal tulang jer...
Untuk makluman korang...
Bukan aku yg masak... hehehehe...
Mak yg masak... love u mak...
Masa keja.. mood memasak memang kelaut...
Aku selalu masak... waktu tak keja dan cuti jer...
Kalau mood rajin datang, baru masak sebelum turun kerja...
Kalau takut tak sempat masak waktu pagi... masak lauk waktu malam...
Bila dah sejuk lauk tu... masuk peti ais...
Pagi hari panaskan semula dan masak nasi jer.. hehehe

Lauk ni memang dah selalu aku buat...
Cara nak buat pun mudah jer...

Ayam di gaul dengan halia... ketepikan...
Kalau nak goreng silakan... tapi jgn lama sangat...
takut ayam kering dan keras...

Cara nak buat kuah ayam :
Cili kering, bawang merah dan bawang putih di tumbuk...
Panaskan minyak... masukkan bahan yg telah ditumbuh bersama rempah tumis...
Gaul bahan yg di tumis sehingga kekuningan sikit...
Lepas tu masukkan sos cili dan kicap... 
Kuah ayam ni akan nampak pekat, masukkan air...jgn cair sangat yer..
Biar sampai mendidih...
Rasakan... kalau tak cukup masin boleh tambah sedikit garam atau kicap...
Dan masukkan sedikit gula... 
Akhir sekali masukkan ayam...
Biar mendidih sebentar dan tutup api...

Read More

Ehh.. Eh... Kucing Pulak Yang Salah...

22 comments

Rasa nak gelak aku bila baca keratan akhbar ni...
Boleh pulak dia salahkan kucing dia...
Alasan nak selamatkan diri...


***Kesian... kesian... bukan kesian kat lelaki tu...
tp aku kesian kat kucing dia...
Sbb dpt tuan macam tu...***
~sumber gambar : fb:bom321~

Read More

pencarian cik en dan blog - Bloglist Geng Cik EN

5 comments

Nak Join : Sila KLIK BANNER

Tamat : 1 Jun 2012

Read More

Tak De Idea

11 comments

Hari ni otak jem....
Tak tahu nak tulis ape...

***Idea... idea... idea...***

Read More

Nyanyian Untuk Suara Borneo

12 comments

Nyanyi jangan tak nyanyi...
Hehehehe...
Dan jgn suruh aku jugak nyanyi...
Suara aku tak sedap... ;p

Ni video adik aku menyanyi untuk contest Suara Borneo...
Time tu dia tengah keja...
Tiba2 kawan dia tarik dia dan suruh nyanyi...
Tu yang tak sedia lagi tu...
Nak nyanyi pun tak tahu lagu apa...
"Hentam sajalah Labu"

Dan hasilnya korang dengarlah nyanyi adikku ini... hehehe
Semangat... pakai baju bola lagi... :)



Kalau sudi... silalah VOTE..
Tiada paksaan...
Ikut step kat bawah...
TQ...


Read More

Sunan Musafir Dah Sampai...

13 comments

Novel Sunan Musafir karya Ramlee Awang Murshid Edisi Khas telah sampai dengan selamatnya pada hari Sabtu (26/05/2012)...


Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih SUE PERBS yg anjurkan contest ni...


p/s : Tak saba nak baca novel Sunan Musafir ni...
Sekarang ni tengah usaha nak habiskan baca novel Ributnya Cinta karya Phidot (SR)....

Read More

Segmen Eza: JALINAN KASIH SEBLOGGER

2 comments

JOM JOIN : KLIK BANNER

Berikut adalah syarat-syaratnya :
1. Buat entry bertajuk "Segmen Eza: JALINAN KASIH SEBLOGGER"
2. Letak banner segmen yang tertera diatas (Tema rumput, hihik). Linkkan ke alamat entry ini.
3. Tak wajib nak follow, sebab Eza is the one yang akan FOLLOW blog korang. Nak follow blog Eza pun, sangat dialu-alukan. (Takde paksaan :D)
4. Letak Blog Eza Boom Boom, kat bloglist korang. Bagitau kat entry ye, let me know. Eza akan letak blog korang jugak kat bloglist Eza. (SPECIAL for u dearies!) Yang dah lama letak, gtau Eza jugak Eza. Mana tau Eza terlepas pandang. 
5. Nak tag rakan lain pun boleh jugak. Lagi meriah, lagi best! Leh kenal ramai kawan blogger dari seluruh Malaysia (chewah! :P)
6. Dah siap entry comel korang, boleh la hantar link blog korang kat bahagian komen entry ini.
Objektif segmen Eza
Eza nak follow blog korang. Mana tau Eza terlepas pandang ke, tak blogwalking selalu ke, Eza terlupa nak follow blog korang ke.. So, dengan segmen ini Eza nak lebih rapat dengan blogger-blogger yang selalu singgah sini, baru kenal blog Eza ke.. Hihi. Kira nak rapatkan ukhuwah la ni. InsyaAllah. Lagi satu, mengenai bloglist. Dulu Eza ada buat entry tentang : Kepentingan Bloglist untuk Bloggers. Banyak manfaatnya bloglist ni. Biar kita tak kenal realiti, tapi kita tetap sahabat. :D

Tarikh Tutup : 1 JUN 2012 [Selamat Hari Gawai], pada pukul 11.59 malam/pm. Noted? 
Segmen bukan sekadar segmen,
Segmen Ukhuwah Meniti Kasih,
Jangan malu-malu jangan segan,
Jom join segmen, TERIMA KASIH! :D
Semoga ukhuwah yang bakal terbina akan berpanjangan. Bagi bloggers yang dah lama kenal, jom kita rapat-rapatkan lagi. Sebarang pertanyaan, just drop komen ye syg-syg. Till then, selamat menjoinkan diri.. You're the best, everybody! 
Read More

Jalan Tu Aku Yang Punya # Part 2

9 comments



Part 2 ni aku nak cerita sikit beberapa sikap pemandu yang aku tak suka...
Dan mungkin korang pernah mengalaminya..
Sbb aku selalu kena...

Pertama : SILAU
Bila sebut silau ni mesti berkenaan lampu... Aku paling tak suka bila terserempak pemandu yg guna lampu tinggi sama ada dari arah hadapan atau arah belakang... Malam memanglah gelap tp bila tahu ada kereta dari arah bertentangan, gunalah lampu rendah, jgn guna lampu tinggi... Pemandu lain nak pandang ke depan pun selesa... Kadang2 tu terpaksa balas balik guna lampu tinggi, bila dah kena macam tu, baru nak guna lampu rendah... tu kalau kenderaan dr arah bertentangan... kalau kenderaan kat belakang, kena pasrah jerlah... langsung tak boleh pandang cermin pandang belakang...


Kedua : PARKING
2 lot parking tp yg parking nye sebuah kereta jer... Dahlah parking2 kat Malaysai ni terhad 'bilangan kereta lebih banyak dari parking yg di sediakan' boleh pula buat tempat parking macam ada nama dia kat lot tu..

Satu lagi situasi yg paling aku tak suka tempat parking ni... aku guna 'Si A' dan 'Si B' supaya senang nak cerita k... Si A ni tengok Si B ni simpan barang dalam kereta... kiranya Si B ni dah habis shopinglah... Tp Si B ni boleh pulak 'berlakon' adegan menyimpan barang dalam bonet... Punyalah lama adegan tu... Sedangkan Si B ni perasan Si A ni dah menunggu siap bagi SIGNAL lagi... dan Si B ni pun perasan di belakang kereta Si A tu dah bersusun, beratur panjang... Lepas habis adegan menyimpan barang, Si B ni pun masuk dalam kereta... Dah tahu ada yang menunggu tp tak jugak keluar2 parking.... Langsung tak bertimbang rasa... Memang SAKIT HATI jumpa pemandu macam ni.... 


Ketiga : SIGNAL
Aku nak tanya... kalau bagi signal bateri tu cepat habis ke??? Tak rasanya... dan tak rugi sekiranya guna signal semasa memandu... Susah sangat ke nak bagi signal bila nak ke kiri ke, nak ke kanan ke... Rasanya tak susahkan.... Waktu ambil lesen pun dah dibagitahu kegunaan signal tu...  Punyalah malas tahap CIPANZI... bukan lama mana nak bagi signal tu... Signal tu di sediakan untuk memudahkan pengguna2 jalan raya lain... Selain tu signal boleh mengelak berlakunya kejadian yg tak diingini...

***Pandulah dengan SELAMAT...***

Read More

Percobaan Hanafi Untuk Menyanyi

5 comments

Hanafi ni anak kazen aku...
Kiranya anak buah aku jugaklah...
Umur dia setahun lebih...
Comel sangat... memang geram tengok dia...


Voice recond ni adik aku yg rakam...
Dia guna application yg serupa suara kartun hp dia...
Tu sebab dia nyanyi macam kartun jer... hehehe

Waktu adik aku nyanyi ni.. Hanafi try nak nyanyi sama...
Mula2 korang dgn kotak kena goncang... tu kotak koko krunch...
Lepas tu... cuba korang dengar betul2... 
Korang akan dengar hanafi cuba menyanyi...
Tu pun dia sambung belakang jer...
ehe... ehe... ehe... macam tu lah bunyinya...
Hehehehe...

video

p/s : suka tengok gelagat budak2.. cute jer

Read More

Kasih Sayang # Cerita Dari Rumput

6 comments

Pada suatu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya.
Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana supaya kasih sayang itu berkekalan?

Cikgu : Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan mu. Pilih yang paling cantik tanpa kamu menoleh ke belakang lagi walau sekali.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas. Tiada sehelai rumput di tangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula. Jadi tiadalah rumput yang boleh di petik.

Cikgu : Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan tak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput.

****************************************
Hujan panas turun berderai,
Guruh menyambar pohon jati,
Kasih sayang tak boleh bercerai,
Bagaikan rambut bersimpul mati.

(Maksud : Perasaan cinta dan kasih sayang yang sangat erat)

~Sumber : FB~

Read More

Ikan Terubuk Goreng Masak Kicap

14 comments

Ni menu malam semalam...
Antara Ikan Terubuk Masin dan Ikan Terubuk Goreng Masak Kicap...
Aku lebih 'layan' Ikan terubuk goreng masak kicap...
Perrgghh... memang sedap makan dgn nasi panas...
Tak perlu makan dengan lauk lain...
Ikan ni pun dah cukup...

Gorengkan ikan terubuk sampai masak

Kemudian masukkan kicap....

Nilah hasilnya... Simple jer...
Kalau minyak byk sangat... buangkan lebihan minyak tu...
Tapi jgn buang yg lebihan kicap dalam minyak...
Isi ikan terubuk ni nanti di cecah dgn lebihan kicap tu...
Memang sedap...

Read More

Salam Jumaat # Hidup & Mati

13 comments

MATI itu PASTI

HIDUP itu INSYA-ALLAH

Read More

Pelangi

19 comments

Gamba ni diambil petang semalam...
Subhanallah memang cukup indah...



Menghayati keindahan ciptaan Allah...

Read More

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012

8 comments


Jangan lepaskan peluang ni...
Jom ramai2 JOIN...

***Segmen di buka sehingga 26 Mei 2012 Jam 11 Malam***

Read More

Segmen: Saya Blogger Awesome + Cool

13 comments


Kena Tag... Tag kali ni dari Kak Bert...
Thankz kak... sudi tag sy...

Kali ni aku nak tag...

Segmen Tamat : 30 Mei 2012

Read More

Jawapan # Jom Uji Minda Di Pagi Hari Selasa

7 comments


HEBAT... HEBAT...
Sbb ada diantara korang yg dapat tahu cara jawap soalan kat ENTRY NI...
Tepuk tangan untuk diri anda sendiri....
tepuk tangan
Dan untuk mereka yg tak tahu dari macam mana nak cari jawapan nya...
Korang tengok caranya kat gambar bawah ni...
Jawapan : ???... :D

***Selamat Mencuba***

Read More

Status # Cuaca

14 comments
Pagi tadi cuaca panas...pagi
Alhamdulillah... mesti kering kain yg di cuci...
Dan petang ni pulak...
Dah terdengar bunyi guruh di langit...
 Abg aku call kata kat tempat kerja dia HUJAN...hujan
Mungkin dia lewat sikit ambil aku dari tempat kerja...


Lepas tu baca status kakak aku kat FB... Dia tulis "HUJAN, NANG BEST"hujan

Kemudian aku tengok kat luar opis aku, Fuhh.. BERANGIN (pokok bergoyang)
TAK HUJAN.... Tapi bila tengok langit MENDUNG...petang
Kejap lagi rasanya mesti hujan...

Cuaca kat tempat korang pula macam mana???
Panas, Mendung atau Hujan???

p/s : malam ni mesti lena tido... sejuk

***Sebelum Klik Publish... tengok kat luar tingkap... Ohhh dah hujan rintis***

Read More

Jalan Tu Aku Yang Punya # Part 1

11 comments


Sejak dapat lesen... aku  memang suka tengok sikap pemandu2...
Bermacam2 sikap pemandu kat Malaysia ni...
Kalau jumpa yg ikut peraturan tu... SELAMAT lah nyawa...
Kalau jumpa yg pemandu2 yg buat 'JALAN TU AKU YANG PUNYA'
Sakit jiwa raga... silap2 melayang nyawa...

Mula2 dpt lesen dulu... mak pak aku tak bagi aku bawa kereta sorang2...
Mesti ada teman... kira co-pilotlah... 
Dapat tolong tengok2kan kenderaan kiri kanan...
Boleh kata byk juga kecuaian yg aku pernah aku buat....
(kecuaian yg tak di sengajakan... huhuhu...)
Tp aku belajar dr kecuaian tu untuk lebih berhati2...

Salah satunya, aku pernah masuk satu bulatan tanpa berhenti dan tanpa pandang kiri kanan... Akibatnya... kereta yg aku bawa hampir kena langgar dan di sebabkan aku kereta tu terpaksa pusing bulatan sekali lagi... Huhuhu... memang nebes... bpk aku kat sebelah waktu tu dah bagi jelingan kat aku... Tunggu masa kena 'BOM' jer... sbb aku tahu tu silap aku... 

Enjin mati di lampu isyarat sewaktu nak naik bukit... Bahagian naik bukit ni aku selalu risau... dahlah masa tu ada kereta lain kat belakang kereta yg aku bawa... enjin pula mati, nasib baik tak kena hon... dan satu lagi yg aku risau aku takut kereta undur kebelakang semula...

Muka aku waktu tu, aku control ayu hehehe (mak pak adik dan kakak aku ada sama dlm kereta waktu tu)... Tiba2 terkejut bila kereta dipotong kereta lain (kereta yg aku bawa tu kat lorong tengah)... nampak jer tak nebes tp kereta yg aku bawa rupa2nya dah kekiri... nasib baik lorong kiri tak de kenderaan lain... kalau tak percuma jer kena langgar...

Terlupa pandang cermin sisi kiri... Waktu tu aku kat lorong kanan... bila tengok cermin pandang belakang tu... nampaklah satu kereta bawa laju... so kiranya nya beri laluanlah... aku bagilah signal kiri... kemudian bila masuk ke lorong kiri... tiba2 kena HON... Terkejut betul aku waktu tu... nasib baik tak jadi apa2... Aku memang tak perasan ada kereta kat lorong kiri tu... Memang salah aku sbb tak pandang cermin sisi kiri...  Aku memang selalu cuai bila nak pandang cermin sisi kiri... Kalau cermin pandang belakang dan sisi kanan tu memang aku celalu tengok... Sejak dari tu... aku cuba biasakan diri tengok ketiga2 cermin ni... lebih2 lagi cermin sisi kiri...

***MALANG TAK BERBAU***

Lepas tamat lesen P... baru aku di benarkan bawa kereta sorang2... dan dari kesilapan2 nilah aku belajar untuk lebih berhati2... Dan Alhamdulillah... sampai sekarang aku tak pernah terlibat dgn apa2 kemalangan yg melibatkan kenderaan lain walaupun hampir2 tu ada... dan semoga kita semua lebih berhati2 di jalan raya...

p/s : 11/6 : renew lesen

Read More

Jom Uji Minda Di Pagi Hari Selasa

10 comments

Semalam aku terjumpa soalan seperti kat bawah ni...
Tapi soalan kat bawah ni aku telah tukarkan..
Entry ni sekadar suka2 yer...
Sekadar nak uji minda...


Jawapan : 135... Sila fikirkan sendiri... cara nak menjawapnya... hehehe :P

p/s : Ini soalan dengan pattern menguji IQ. Bukan bersifat merosakkan seni Matematik atau apa... (Ayat ni aku copy paste dr page fb)

~Sumber asal soalan FB  : Oh! Media~
Read More

Alhamdulillah

25 comments


Syukur Alhamdulillah...
Awal bula May aku ada JOIN satu contest...
Dan tak sangka...
Alhamdulillah... Ada rezeki aku kat situ...
Korang boleh baca entry contest aku tu kat SINI...

Hari ni keputusan contests telah di umumkan...
Dan keputusannya... 
Korang boleh baca kat SINI...

TERIMA KASIH BUAT SUE PERBS  YANG ANJURKAN CONTEST NI 

p/s : Tak sabar rasanya nak baca kesinambungan Novel RAM ni...
suka

Read More

Di Luar Boleh... Di Dalam Tak Boleh

15 comments

Di luar kawasan sekolah memang boleh makan...
Tapi dalam kawasan sekolah TAK BOLEH....

Ni peraturan kat sekolah aku dulu...
Zaman KLMJ...
(Kenangan Lalu Mengusik Jiwa)
2 makanan ni... memang tak di benarkan makan di sekolah...
Dan telah di masukan ke dalam peraturan sekolah...
Kantin pun tak dibenarkan menjual...
Gula-gula dan Chewing Gum...


Pelajar2 memang tak di benarkan membawa 2 makanan ni....
Sbb nya... bila makan gula2... kulit gula2 tu di buang merata2...
Mentang2 bungkusan kecil... memang malas nak buang dalam tong...
Chewing gum pulak... rasanya korang tahu kenapa tak boleh makan...
Sbbnye bila lepas makan ada pelajar yg nakal suka lekat bawah meja... bawah kerusi...
Tak pun buang macam tu jer... bila sesiapa berjalan mesti melekat kat tapak kasut...
Mesti korang pernah merasa... perasaan bila tapak kasut kena chewing gum ni...
Punyalah marah... nak membuang kesan kat tapak kasut satu hal...
Satu hal lagi... bila berjalan, tapak kasut rasa melekat kat lantai pulak...
langsung rasa tak selesa...

Walaupun dah ada peraturan macam tu...
Pelajar tetap jugak bawah ke sekolah...
Dan aku salah seorang pelajar yg melanggar peraturan tu... hehehe
Tapi aku sekadar bawa gula2 jer... kalau chewing gum tu aku tak bawa...
Tu pun bila makan gula2, aku tak buang sesuka hati aku jer...
Kalau tak de tong... simpan dulu kulit gula2 tu dalam poket...
Bila jumpa tong, baru buang dalam tong...

TAK SUKA... >:(

Read More

Musim Renovation...

5 comments

Sekarang ni dah nak masuk bulan Jun...
Tak terasa.... beberapa bulan lagi nak puasa...
Lepas tu raya...
Tik... tok... tik... tok...
Tak terasa masa berlalu...

Sekarang ni, kawasan perumahan tempat kediaman aku...
Masing2 sibuk renovation rumah...
Ada yg sibuk renovation sebelum nak masuk rumah baru..
Renovation sbb kenduri kawin tak lama lagi...
Dan ada yg sibuk renovation sbb raya tak lama lagi...

Rumah family aku pun akan buat renovation gak... Insya-Allah...
Buat permulaan ni... kitorang nak tukar tingkap dulu...
Kayu kat tingkap tu dah rapuh...
Untuk keselamatan, eloklah ditukar...
Takut kejadian yang tak diingini berlaku...
Malang tak berbau... kenalah ambil langkah berjaga...
Bila dah selesai baru pk renovate tempat lain...

Angan-angannnn yg diimpikan...
Ruang tamu di satu sudut khas...
Yang diasingkan dari ruang menonton...

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...