Salam 11 Ramadhan & BE

22 comments

Alhamdulillah... sempena bulan mulia ni... BE masuk...
U Mobile Project Galactica & Celcom Samsung Galaxy S3

p/s : hari ni tak tahu nak tulis apa...
mood nak buat entry pun ke lauuttt...

Gambar Yang tak de kena mengena.... TETEH...
Mata Yang Bulat...
Dan Lubang Hidung jer yang nampak... ;p
Read More

Sketsa Ramadhan # Zakat

26 comments

A : Huih.. seronoknya.... Bonus dapat... Gaji pun dapat...

B :  Alhamdulillah...

A : Raya tahun ni aku nak beli baju raya 5 pasang, kasut raya 3 pasang...

B : Berjimatlah sikit...

A : Kau cemburu kan sebab aku nak beli apa yg aku suka kan...

B : Tak elok membazir

A : Kalau cemburu tu... cakap jer lah...

B : Aku tak cemburulah... Tak de faedahnye...
Aku nak tanya kau ni?

A : Tanya jerlah... hisshh

B : Zakat dah bayar?

A : Ekhhh...

B : Berapa bayaran zakat tahun ni ?

A : Hmmm... hmmm.... hmmm

B : Tak elok kau nak menipu aku...
Sia-sia jer kau berpuasa kalau menipu...

A : Hmmm... hmmm... hmmm...

A : Bayarlah zakat tu dulu... 
Lepas tu, kalau kau nak berbelanja...
Lantak kau lah...
Tapi seelok-eloknya... Berjimat-cermat...
Bersederhanalah....
Janganlah membazir...
Membazir tu amalan syaitan...
Selamat berpuasa...

***Tahun ni bayaran zakat untuk Sarawak RM 6.50***
Read More

Perasmian Olimpik & Drama Baitul Rahmah

30 comments

Selamat pagi....
Pagi2 ni... sambil2 panaskan lauk untuk bersahur tadi...
Buka tv...
Ada perasmian Olimpik London...
Nak gelak pun ada...
Bila tengok beberapa scene...
Seperti... Kononnya aksi ketibaan Queen Elizabeth menggunakan payung terjun...
Bersama2... pelakon 007...
Lepas tu ada pulak kisah pelakon Mr. Bean...
Memang tergelak di buatnya...




 Nak Baca lebih lanjut KLIK SINI

Jam 5 pagi... sambil dok tunggu azan jam 5.22 nak subuh...
Tonton tv lagi...
Kali ni tukar channel... tengok TV 1...
Drama Baitul Rahmah... di mainkan setiap Jumaat sehingga Ahad...
Drama ni memang menyentuh hati aku....
Berkisarkan Kehidupan Ibu Bapa yg dihantar ke rumah org tua...
Banyak pengajaran yang boleh diambil dlm drama ni....
Nak lebih tahu... BACA SINI


Salam 8 Ramadhan.... :D
Read More

Segmen: Kenangan Ramadhanku…

27 comments
segmen

Entry ni memang dah sedia ada dlm draft...
Cuma tak tahu bila nak di postkan....
Memangkankan cerita ni kenangan aku waktu bulan Ramadhan...
Aku gunakan terus utk segmen Kak Dieyna ni...

Bila bulan puasa ni...
Aku teringat kisah aku yang menangis sbb tak tamat puasa...
Kalau tak silap aku aku thn 6...
Zaman mula2 naik dara... hehehe
Bulan ni ada... lepas tu tak datang 2 3 bulan... lepas tu ada balik...

Masa tu bulan Ramadhan dah nak tamat...
Tinggal satu hari jer puasa.... esok dah nak raya...
Aku punyalah dah berangan puasa aku tahun tu tamat...
Senyum jer aku hari tu...
Bila masuk tengah hari...
Aku dah rasa lain macam....
Perut pun dah tak selesa...
So... aku masuklah tandas...
Bila keluar tandas muka aku dah merah...
Mak aku tanyalah "Kenapa?"
Aku jawap lah "Puasa batal"...
Waktu tu air mata dah nak menitis...
"Kenapa batal??" mak aku tanya lagi...
Waktu tu kat dapur... Kazen2 dan mak cik2 semua kat dapur...
"Tak leh puasa kena 'tembak'"....
Sedih... Aku dah berjujuhan air mata...
Separuh hari lagi tinggal untuk puasa aku tamat..
Mak aku pun pujuk aku...
Dia kata "Tak apelah... tak boleh nak buat apa2... lepas raya gantikan balik..."
Sejak dr tu puasa aku tak pernah tamat.... ;p

Banyak2 kenangan berpuasa... kenangan nilah yang paling aku tak dapat lupakan...

Bila teringat balik... mesti aku senyum... :D
Sekarang ni rindu dan teringin nak tamatkan puasa satu bulan...
Tapi kena faham2lah kita 2perempuan ni kan...
'Kawan Baik' pasti datang melawat...

psssttt..... korang sanggup tak makan pil atau gi 'injec' sbb tak kasi 'kawan baik' datang melawat
semuanya gara2 nak puasa sebulan...
Aku??? tak pernah buat... dan tak nak buat... sbb tu lumrah kita perempuan...
korang pulak... macam mana???

Read More

Segmen: Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

14 comments

Kali ni aku join segmen ni...
Aku telah di tag oleh Engku Muzahadin

Aku nak Tag....
Jia Kreatifelt

p/s : (Operasi nak memujuk ni )
YumidaJaja Sutera ,  Jia Kreatifelt ... awak 3 baik kan.... hehehe
Sempena Bulan Mulia ni... Sy nak minta tolong...
Boleh tak awak bertiga follow blog penganjur tu....
Sy nak Pendrive Free... Hehehehe...
Terima Kasih...;)
(dengan mata yg bersinar-sinar.... )

Sempena Bulan Yang Mulia Ni...
Jomlah kita bersama-sama berusaha merebut Segala Ganjaran Yang Allah Berikan
Read More

Salam Jumaat # Ganjaran Ramadhan

15 comments


Sama-samalah kita merebut segala ganjaran yang ALLAH berikan kepada kita hambaNYA...

"SELAMAT BERAMAL"
Read More

Selamat Berbuka Dan Solat Maghrib

20 comments

Ni entry auto-publish yer...
Masa ni aku tengah duduk kat meja makan...
Selamat berbuka dan menjamu selera...
Peringatan kat sendiri dan korang semua...
Jangan makan kenyang sangat yer...
Nak solat Maghrib lepas ni...
Lepas tu nak solat Isyak dan Terawih...
Lepas tu Tadarus Al-Quran....
Read More

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR

31 comments

Tip Bagi Mereka Yang Mudah Nak Bangun Sahur

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

Tip Bagi Mereka Yang Susah Nak Bangun Sahur

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!
(boleh pakai ke tip ni... hehehehe)

Tapi kalau still tak ada effect gak,

Tip Bagi Mereka Yang Paling Susah Nak Bangun Sahur

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!
(Kalau ni... tak melampau ke... hehehehe )

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la CARA TERAKHIR

>>> Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

Sumber : FB
Read More

Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga

30 comments

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

::::Namun perempuan lebih ramai di neraka..::::

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Sumber :  FB : Lukisan Dakwah Islam
Read More

Panduan Solat Sunat Tarawih

17 comments
Jom beramai-ramai kita meimarahkan Rumah Allah...
Di Bulan Yang Mulia ini...


Sumber : SINI
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...