Selamat Tinggal 2014..

1 comment

..Beberapa jam lagi berakhir tahun 2014...

Buat Keluarga : Anda lah yg terpenting dalam hidup saya..

Buat Sahabat : Jangan lupe kan saya ya, bila suatu mase nanti kita terpisah.

Buat kawan2 : Maaf ya kalo saya ade silap dan salah, yg disengaja mahupun tak disengajakan.

Buat Musuh : Maaf bila selama ini saya selalu salah dimata kamu

Buat yg sayang pada saya : saya juga sayang pada kamu. 

Buat org yg prnah menyakiti saya. Terima kasih ya kerna sudah mngajar saya bgaimana utk trus bersabar.

Buat yg tak kenal dgn saya : Terima kasih sebab setia save saya dalam contact kamu, walau pun kekadang saya buat kamu semua marah, suka update yg bukan-bukan.

Terima kasih semua sebab sudah ada dalam hidup saya, yg menjadikan tahun 2014 saya jadi ceria.

Terima kasih semua 
Harap maaf kan saya andai ada silap 
Yang baik dtg dari ALLAH S.W.T y buruk dari diri sy sndri

SELAMAT TAHUN BARU 2015

*copy paste...

Read More

Kesan Buruk Gangguan Tidur

1 comment

Gangguan tidur kerap terjadi kepada golongan dewasa atas faktor latar belakang pekerjaan. Ia tidak boleh di biarkan berlarutan kerana memberi kesan terhadap kehidupan seharian. Secara amnya, seorang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur dalam sehari.

Gangguan tidur merujuk kepada gangguan kepada corak tidur. Justeru, usah pandang ringan gangguan tidur ini dan langkah pencegahan perlu di lakukan.

PUNCA :
> Gaya hidup - kerja shif yang kerap dan tidak teratur
> Masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan atau kerap kencing waktu malam
> Gangguan psikologi atau penyakit mental. Contohnya, skizofrenia, kemurungan, kebimbangan, stress dan lain-lain.
> Penyalahgunaan dadah dan alkohol
> Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

GEJALA :
> Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
> Tidur yang terlalu sikit (insomnia)
> Kelakuan yang luar biasa semasa tidur. Contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tidur tiba-tiba dalam ketakutan (sleep terror), kisaran gigi (tooth grinding) dan sebagainya.

KESAN DAN AKIBAT :
Masalah tidak tidur mengganggu corak pemikiran, emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal
> Letih dan mengantuk pada siang hari
> Cepat menjadi marah
> Sukar memberi tumpuan dan perhatian
> Kerap membuat kesilapan
> Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

RAWATAN
> Doktor akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada punca tersebut
> Rawatan tingkah laku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik releksaki
> Ubatan yang sesuai

PENCEGAHAN
> Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
> Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stress yang baik
> Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan barangan larangan yang lain

TUKAR TABIAT
> Berhenti merokok
> Jangan tidur pada siang hari
> Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
> Bersenam di awal hari bukan sebelum masuk tidur

UBAHSUAI PERSEKITARAN TIDUR
> Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja. Bukan untuk aktiviti lain
> Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
> Pastika juga tilam dan katil selesa

AMALAN SEBELUM TIDUR
> Ikut jadual tidur yang tetap (masa.tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
> Jangan mengambil makanan yanh terlalu berat sebelum tidur
> Tidur bila rasa mengantuk
> Berehat sebentar sebelum masuk tidur

SIMPAN SATU DIARI TIDUR
> Catat jumlah jam dan kuantiti tidur
> Masa masuk dan bangun tidur
> Jenis makanan minuman dan ubatan yang di ambil
> Nyatakan perasaan anda

Sumber ; MAJALAH MINGGUAN WANITA

Read More

MAKANAN UNIK DAN POPULAR SARAWAK : BUAH DABAI

Leave a Comment

Buah DABAI.. Buah yg sangat terkenal dan boleh di dapati di Sarawak mengikut musim...  Rasa buah dabai ni lemak. Untuk sesiapa yang pertama kali makan mungkin ada rasa sedikit pahit.. Kalau di makan dengan nasi putih panas2 pun sedap buah dabai ni.. Ada 2 cara buat buah dabai ni..
PERTAMA ; basuh buah dabai.. Rendam buah dabai dgn air suam (jgn panas sgt air).. Biar dlm15-30 minit.. Tuskan air.. Dan campur garam..
KEDUA ; basuh dulu buah dabai,.rendamkan dengan kicap masin selama 1 hari.. Siap.. (Jeruk Dabai)
Antara kedua-dua cara ni.. Cara pertama paling sangat di sukai orang sarawak..

************************************

Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida

KUCHING: Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Ketua Aktiviti Fokus Utama 4 yang juga Pembantu Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) Lau Cheng Yuon berkata disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik.

Hasil penyelidikan yang dibuat oleh JPS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) katanya mendapati dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.

“Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buahbuahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan.

“JPS akan bekerjasama dengan pengeluar produk makanan berasaskan dabai seperti mayonis dabai, pes dabai, keropok dabai malahan dijadikan bahan utama membuat sabun,” katanya pada sidang media semalam.

Terdahulu beliau menghadiri majlis pelancaran Bulan Dabai di Hotel Riversides Majestic yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Lau menambah, penyelidikan yang dilakukan sejak enam tahun lalu juga berjaya mencipta teknologi sejuk beku membolehkan buah dabai disimpan selama setahun berbanding hanya beberapa hari sebelum ini. “Kami telah mencipta teknologi sejuk beku bagi membolehkan dabai disimpan selama setahun.

“Seperti kita sedia maklum dabai tidak berbuah sepanjang masa sebaliknya bermusim. Jadi teknologi ini banyak membantu industri,” jelasnya.

Sumber ; The Borneo Post

Read More

MAKANAN UNIK DAN POPULAR SARAWAK : SAYUR MIDIN MASAK BELACAN

1 comment

Sayur midin memang sangat popular di sarawak..

...............
Midin atau nama saintifiknyaStenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.

Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.

Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi.

Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.

Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.

Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium.Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam..........

Banyak kebaikkan yg terdapat pada.sayur midin ni.. Boleh juga di masak dengan pelbagai cara.. Dan yang paling popular MIDIN MASAK BELACAN.. Perghhh sedap sangat...
Cara masak pun sangat mudah dan simple..

MIDIN MASAK BELACAN
Bhn::
1 Ikat sayur midin
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili kering @ cili padi
Sedikit udang kering
Sedikit belacan
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara::
- Cili, bawang merah, bawang putih, udang kering dan belacan ditumbuk @ kisarkan...
- Panas kan minyak.. Tumis bahan2 yang di tumbuk @ di kisar..
- Lpt tu masukkan sayur midin sehingga sedikit layu dan masukkan perisa.. Dan tutup api..
- Siap dan sedia untuk di makan..

Read More

KEK GULA HANGUS/SARANG SEMUT

2 comments

BAHAN-BAHAN ;

1 cwn gula
1 cwn air panas
1 sudu planta
#pnaskan gula sampai cair. Masukkan air panas sikit2, bila gula dah cair n perang2 coklat. Last masukkan planta. Kacau sebati & padamkan api.
4 biji telur ayam
1 cwn tpg gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
1 cwn susu pekat

CARA MEMBUAT:
# pukul telur sampai kembang.
# ayak tpg dgn baking powder n soda.
# masukkan susu selang seli dgn tpg.
# last masukkan air gula hangus yg dah sejuk.
# masukkan dlm acuan dan biar selama 1 jam sebelum di kukus..
# bakar @ kukus selama 1 jam

Read More

Elak BAHAYA Sindrom Bayi Mati Mengejut.

Leave a Comment

P E N T I N G ! untuk Ibu-ibu baca sampai habis. Elak BAHAYA Sindrom Bayi Mati Mengejut. 

✓ Bedung mengelak bayi mudah TERKEJUT dengan bunyi bising di sekelilingnya.

✓ Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa SELESA seperti di dalam rahim ibunya.

✓ Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan KEHANGATAN pada tubuh bayi serta MENGURANGKAN risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.

✓ Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat MEMBANTU meredakan tangisan bayi.

✓ Membantu penyusuan susu ibu dengan MUDAH apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.

Kongsikan panduan MUDAH ini kepada sahabat yang PERTAMA kali menimang cahaya mata, mudah-mudahan ianya membawa manfaat kepada mereka.

Kredit : FB Lagacy Secret Trading

Read More

Up-date Entry guna Android

2 comments

Salam.. Rasanya semua dah tahu.. Nak publish entry sekarang dah boleh menggunakan handphone atau android..

Kalau sebelum ni aku biasa guna dua jenis aplikasi untuk update blog.... BLOGGER dan BLOGGER-DROID. Kedua-dua aplikasi ni sangat mudah di gunakan.

Biasanya kalau nak post menggunakan SCHEDULE, aku biasa menggunakan blogger-droid.. Kita boleh tetapkan waktu dan bila kita nak post entry..

Dulu blogger-droid ni free je kalau nak install.. Tapi sekarang dah ada bayaran.. Ciss.. Huhu.. Hp yg ada aplikasi blogger-droid dan kena jual.. Huhu.. Ingatkan nak install dlm hp lain..

Dulu free skrg bayar.. Pakai aplikasi blogger je lah kalau nak update entry lps ni..

Read More

Khasiat Petola

Leave a Comment

Khasiat Petola

1. Pembersih darah
Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk
membersihkan darah anda dari bahan tercemar. Di samping itu ia
bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.

2. Menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati.

3. Bermanfaat untuk penyakit kencing manis.
Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu
pesakit kencing manis. Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida
dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam
darah. Selain itu juga ia mengawal paras tahap insulin darah ke
kuantiti yang diperlukan.

4. Membantu penurunan berat badan
Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu; kedua, ia
mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolesterol ke arah
badan; ketiga, ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan
kalori; keempatnya ia mengandungi banyak air di dalamnya. Nilai
pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan,
vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.

5. Mengawal keasidan serta ulser pada perut.

KREDIT : FB LEGACY SECRET TRADING

Read More

Home Concert 7 Elements Of Borneo

Leave a Comment

As Salam.. HOME CONCERT OF ELEMENTS OF BORNEO di anjurkan oleh UNIMAS. Concert ni di adakan selama 2 hari iaitu pada 19-20 Disember 2014.

Ok.. Nak bagitahu korang konsert ni memang best sangat2.. Persembahan sangat hebat dr pelajar2 dr mahasiswa program muzik.. Bukan setakat pelajar je buat persembahan.. Tenaga pengajat Unimas pun tak ketinggalan buat persembahan..

Memang tak rugi pergi sbb harga tiket pun murah..

Kalau tahun depan ada lagi rasanya nak pergi lagi. Semoga umur panjang je.. :-)

Read More

TM WIFI ZONE

4 comments
Selalu tak jumpa simbol TM WIFI ni??
Selalukan.. tempat awam byk kan..
Mungkin ramai yg tahu mcm mana fungsinya..
dan mungkin ramai juga tak tahu mcm mana nak guna..
Aku mula2 dulu pun tak tahu mcm mana nak guna TM WIFI ni..
nak kata WIFI FREE.. tak dpt on9 kan... huhu
 
ok...
Rumah korang ada wifi tak?? tak pun opis??
kat situlah penghubung TM WIFI ni..
Masa mula2 pasang WIFI.. mesti pihak TM ada bagi kertas yg ada USERNAME dan PASWORD untuk akses TM kan.. dia org siap pesan jgn hilangkan kertas tu simpan je..(kalau tak silap kertas tu warna hijau)
 
 
Masa nak guna TM WIFI.. mesti dia suruh LOG IN kan..
Masukkan USERNAME dan PASWORD
(Contoh usename : username@streamyx.my
Contoh pword : 123abc)
lps tu nanti dia suruh kt konfom divice yg kt guna kat email.
Lps konfom.. dapatlah korang guna TM WIFI ni..
 
*CUMA 3 DIVICE JE DPT GUNA TM WIFI NI..  
hehe.. jadi jgn suka suki bagi username dan password kat org lain..
 
*kalau ada kekurangan maafkan sya ye... hanya kongsi apa yg saya tahu je...
Read More

Happy Birthday Abg Azmi & Kak Zana

4 comments

As salam..
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Abg Azmi (www.papabloger.my) dan Kak Zana (http://katahatiku-zana.blogspot.com)

Semoga di kurniakan kesihatan yang baik. Berbahagia bersama2 keluarga dan org tersayang. Di murahkan rezeki. Sentiasa dalam Rahmat dan Keredhaan Allah.

Insya allah, kalau ada umur yang panjang. Teringin nak jumpa semua.

Read More

Welcome Back Masz...

4 comments

As salam...
Huhu.. lama betul aku menyepi...
Hope lps ni, dpt kembali aktif berblog...
Kepada rakan rakan sekalian.
Maaf sbb lama menyepi
Insya Allah saya akan usaha blogwalking blog anda semua.

#semangatblogdatanglahkepadaku...

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...