Kesan Buruk Gangguan Tidur

Gangguan tidur kerap terjadi kepada golongan dewasa atas faktor latar belakang pekerjaan. Ia tidak boleh di biarkan berlarutan kerana memberi kesan terhadap kehidupan seharian. Secara amnya, seorang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur dalam sehari.

Gangguan tidur merujuk kepada gangguan kepada corak tidur. Justeru, usah pandang ringan gangguan tidur ini dan langkah pencegahan perlu di lakukan.

PUNCA :
> Gaya hidup - kerja shif yang kerap dan tidak teratur
> Masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan atau kerap kencing waktu malam
> Gangguan psikologi atau penyakit mental. Contohnya, skizofrenia, kemurungan, kebimbangan, stress dan lain-lain.
> Penyalahgunaan dadah dan alkohol
> Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

GEJALA :
> Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
> Tidur yang terlalu sikit (insomnia)
> Kelakuan yang luar biasa semasa tidur. Contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tidur tiba-tiba dalam ketakutan (sleep terror), kisaran gigi (tooth grinding) dan sebagainya.

KESAN DAN AKIBAT :
Masalah tidak tidur mengganggu corak pemikiran, emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal
> Letih dan mengantuk pada siang hari
> Cepat menjadi marah
> Sukar memberi tumpuan dan perhatian
> Kerap membuat kesilapan
> Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

RAWATAN
> Doktor akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada punca tersebut
> Rawatan tingkah laku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik releksaki
> Ubatan yang sesuai

PENCEGAHAN
> Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
> Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stress yang baik
> Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan barangan larangan yang lain

TUKAR TABIAT
> Berhenti merokok
> Jangan tidur pada siang hari
> Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
> Bersenam di awal hari bukan sebelum masuk tidur

UBAHSUAI PERSEKITARAN TIDUR
> Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja. Bukan untuk aktiviti lain
> Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
> Pastika juga tilam dan katil selesa

AMALAN SEBELUM TIDUR
> Ikut jadual tidur yang tetap (masa.tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
> Jangan mengambil makanan yanh terlalu berat sebelum tidur
> Tidur bila rasa mengantuk
> Berehat sebentar sebelum masuk tidur

SIMPAN SATU DIARI TIDUR
> Catat jumlah jam dan kuantiti tidur
> Masa masuk dan bangun tidur
> Jenis makanan minuman dan ubatan yang di ambil
> Nyatakan perasaan anda

Sumber ; MAJALAH MINGGUAN WANITA

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
salmiah awang
AUTHOR
Selasa, Disember 30, 2014 7:48:00 PG delete

suka tajuk ni.bukan apa...gangguan tidur ni memang sukar diatasi lebih dari apa yang kita bayangkan.

apapun,saya suka sangat tengok banner bergerak kat bawah tu.cantik.ada tuto tak?

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon