MAKANAN UNIK DAN POPULAR SARAWAK : BUAH DABAI

Buah DABAI.. Buah yg sangat terkenal dan boleh di dapati di Sarawak mengikut musim...  Rasa buah dabai ni lemak. Untuk sesiapa yang pertama kali makan mungkin ada rasa sedikit pahit.. Kalau di makan dengan nasi putih panas2 pun sedap buah dabai ni.. Ada 2 cara buat buah dabai ni..
PERTAMA ; basuh buah dabai.. Rendam buah dabai dgn air suam (jgn panas sgt air).. Biar dlm15-30 minit.. Tuskan air.. Dan campur garam..
KEDUA ; basuh dulu buah dabai,.rendamkan dengan kicap masin selama 1 hari.. Siap.. (Jeruk Dabai)
Antara kedua-dua cara ni.. Cara pertama paling sangat di sukai orang sarawak..

************************************

Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida

KUCHING: Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Ketua Aktiviti Fokus Utama 4 yang juga Pembantu Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) Lau Cheng Yuon berkata disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik.

Hasil penyelidikan yang dibuat oleh JPS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) katanya mendapati dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.

“Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buahbuahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan.

“JPS akan bekerjasama dengan pengeluar produk makanan berasaskan dabai seperti mayonis dabai, pes dabai, keropok dabai malahan dijadikan bahan utama membuat sabun,” katanya pada sidang media semalam.

Terdahulu beliau menghadiri majlis pelancaran Bulan Dabai di Hotel Riversides Majestic yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Lau menambah, penyelidikan yang dilakukan sejak enam tahun lalu juga berjaya mencipta teknologi sejuk beku membolehkan buah dabai disimpan selama setahun berbanding hanya beberapa hari sebelum ini. “Kami telah mencipta teknologi sejuk beku bagi membolehkan dabai disimpan selama setahun.

“Seperti kita sedia maklum dabai tidak berbuah sepanjang masa sebaliknya bermusim. Jadi teknologi ini banyak membantu industri,” jelasnya.

Sumber ; The Borneo Post

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon