APPLE TERCEMAR : EPAL JENIS GRANNY SMITH DAN GALA


Tengah duduk tengok berita semalam, berita jam 8.. tiba-tiba berita tentang epal tercemar disiarkan..
"Sampel epal yang di syaki tercemar bakteria di Sarawak akan di ambil"
Nasib baik family tak de yang beli epal... 
Eloklah epal2 yang tercemar tu di tarik balik dan tak dijual...untuk keselamatan dan kesihatan semua... 

**********************************

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pencemaran bakteria Listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran caramel apple yang dikesan oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) seperti yang dilaporkan dalam beberapa media antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Makanan yang tercemar dengan Listeria monocytogenes berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ianya telah rosak secara fizikal (melalui penglihatan dan bau). Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis.

Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya (nausea). Bagi wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah tergolong dalam kumpulan berisiko.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan telah mengenakan pemeriksaan tahan, uji, lepas ke atas pengimportan epal jenis Granny Smith danGala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat di semua pintu masuk. Di pasaran domestik, Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti dua (2) pengimport yang mengimport epal jenis Granny Smith keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat dan telah mengarahkan pengimport berkaitan memanggil balik (recall) buah epal tersebut dari pasaran dan buah epal yang terdapat di premis pengimport juga telah disita. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan pihak USFDA mengenai perkara ini.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber : http://kpkesihatan.com/
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Jazz Lover
AUTHOR
Khamis, Januari 22, 2015 11:31:00 PG delete

Alu sik berani kamek makan epal gik. Huhu.

Reply
avatar
Masz Sidek
AUTHOR
Isnin, Januari 26, 2015 8:12:00 PTG delete

@Jazz Lover huhu.. yalah, family kmk pun x berani juak mkn... mkn berulam pun nang nyaman epal tok..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon