Antara Barang Yang Popular Di Beli Ketika Melawat Sarawak

As salam... bila menjelang cuti sekolah pasti ada yang merancang bercuti atau melancong... dan bila dah bercuti jauh mesti dan fikiran nak jalan2 dan makan makan kan... dan bila dah nak dekat habis melancong mesti akan mencari barang yang akan di bawa balik... jadi aku nak senaraikan barang yang selalu di beli pelancong yang datang ke Sarawak... 

1 KEK LAPIS SARAWAK
Kek lapis ni boleh dibeli di kawasan waterfront.. atau di Kampung Gersik Boyan atau Kampung Gersik... kalau nak ke dua kampung dapat la korang merasa naik la perahu tambang.. harga kek pulak dalam RM10 dan ke atas.. Kalau kek Cheesse tu mahal la.. heheh

2. IKAN TERUBUK
Ikan Terubuk Hidup dan Ikan Terubuk Masin.. Ikan ni pun banyak di borong oleh pelancong... Ikan terubuk hidup tu kalau di masak asam pedas, di bakar memang sedap.. kalau yang masin di cecah limau kasturi dan cili padi dan dimakan dengan nasi panas lagi menyelerakan... harga pula paling murah RM10 ikut saiz dan kalau ada telur lagi mahal..

3. SOUVENIR
Souvenir melambangkan kita pernah ke suatu tempat... kenangan yang membuktikan kita pernah melancong ke situ. Dan souvenir yang paling popular adalah keychain dan T-shirt.. sangat simple mudah, senang di cari dan murah..

4. LADA SARAWAK
Di Sarawak Lada sangat mudah di dapati.. boleh di beli di mana2 supermarket dan kedai runcit..

5. PASTE LAKSA SARAWAK
Selain untuk di buat Mee Laksa Sarawak.. Paste laksa ni juga boleh di buat untuk lauk ayam dan daging. Dan sangat sedap bila paste ni di perap sebentar dgn ayam atau daging sebelum masak..

6. MAKANAN TRADISONAL SARAWAK
Kuih kering seperti TABALOI, KUIH JALA SARAWAK dan SAGU... 


7. BELACAN BINTULU
Belacan Bintulu ini mempunyai permintaan yang tinggi kat Sarawak.. Boleh di katakan Belacan Bintulu antara belacan yang paling sedap.. Dan kalau ke Bintulu pasti korang dapat membeli belacan di dengan harga yang murah jika di bandingkan membeli Belacan Bintulu ni di Kuching.


Selain 7 senarai yang aku senaraikan di atas terdapat banyak lagi barang yang boleh di beli ketika melawat ke Sarawak... dan semoga senarai ini membantu korang2 yang ingin datang ke Serawak...
HAPPY HOLIDAY....
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon