Dia Isteri Luar Biasa l Akan Datang Slot Akasia TV3

Ni salah satu novel yang aku suka baca... kisah si Dewi Yusna yang inginkan anak tp tak percaya kepada lelaki dan cinta.. Di sebabkan undang-undang niat Dewi Yusra untuk memiliki anak sendiri dari rahimnya terhalang. Dan akhirnya Dewi Yusra merancang.. dan berkahwin dengan Dr. Raden Amzar.. seorang lelaki yang dalam fikiran Dewi Yusra sempurna dan sesuai untuk di jadikan suami sementara dan ayah kepada anak yang bakal di kandungnya nanti.. Korang boleh baca sinopsis Novel ni dan tunggulah kemunculan drama ni... mesti best sbb di barisi pelakon yang mantap..

Update : Drama ini akan di tayangkan pada 18 MAY 2015
Slot Akasia Jam7-8 mlm.

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA (DILB)


Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

Barisan Pelakon Dia Isteri Luar Biasa
Heroin - Nur Fathia sebagai Dewi Yusra
Hero -Syukri Yahaya sebagai Raden Amzar
Keith Foo sebagai Kamarul
Nonny Nadirah sebagai Eda





P/S : Siapa minat drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN... kalau korang minat KTAR pasti korang akan minta drama DILB ni juga sbb dari NOVELIS yang sama iaitu UMIE NADZIMAH... 

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Zie Madini
AUTHOR
Khamis, Mac 12, 2015 9:05:00 PG delete

mcm best je sipnosis novel tu kan. semestinya akan tgk drama tu nanti sbb nur fathia jd heroin. hehe.

Reply
avatar
Zie Madini
AUTHOR
Khamis, Mac 12, 2015 9:05:00 PG delete

mcm best je sipnosis novel tu kan. semestinya akan tgk drama tu nanti sbb nur fathia jd heroin. hehe.

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon