Novel Adaptasi PERGILAH AIR MATA


Hanni Ramsul, salah seorang novelis kegemaran aku... setiap karya nya pasti mengundang air mata... huhu.. dan novel dia semuanya best di baca...

Pergilah Air Mata karya Hanni Ramsul ini akan di tayangkan TV2 tak lama lagi.. aku tak tahu bila di tayangkan tapi yang pasti di barisi pelakon yang hebat dan mantap... Tak sabarnya nak tengok... Dah banyak kali ulang baca novel ni..memang tak jemu.. 


Ceritanya macam ni.. alkisah si Sabrina di tangkap basah bersama Badrul.. Ini semua kerja si Maria yang dengki kat Sabrina sbb sukakan tunang Sabrina iaitu Ikmal.. Si Badrul dah mempunyai kekasih lain dan merasa diri di anaiya oleh Sabrina. Dalam fikiran Badrul, menyangka Sabrina mata duitan dan ingin mengambil kesempatan keatas dirinya. Dari situ bermulanya kesengsaraan Sabrina... huhuhu, kalau nak tahu jalan cerita, belilah novel dan tunggulah kemunculan drama ni kat kaca tv anda... 


SINOPSIS :

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit.
... SABRINA

Memang aku benci. Memang aku tidak rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini.
... BADRUL

Sumber Gambar : FB HANNI RAMSUL
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon