Rumah Pengantin Sasaran Penjenayah


Jenayah boleh berlaku di mana2.. dan seminggu cuti sekolah ni banyak majlis kawin di jalankan dan rumah pengantin menjadi salah satu sasaran penjenayah... 

Aku terima msj watsap dari group sepupu sepatat aku yang rumah diaorg hampir di masuki penjenayah pada waktu subuh dan syukur pada masa tu dia dan suami (pengantin baru) baru selesai solat subuh dan menyedari cubaan penjenayah itu... Cubaan penjenayah gagal, Alhamdulillah..

Semua kita maklum rumah pengantin memang mudah di masuki penjenayah lebih2 lagi masa kenduri.. Keluarga pengantin bersangka baik, ingatkan tetamu yang di jemput datang meraikan pengantin tapi malangnya tetamu yang tak di undang datang untuk ambil kesempatan mencuri barang keluarga pengantin semasa semua orang sibuk.. Akal penjenayah ni macam2 je.. walaupun bilik dan almari dah dikunci, dia org tetap cuba mencuri barang berharga.. Tapi 
Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..
Dan sepandai2 penjenayah, akhirnya tertangkap jugakan..

Peringatan bersama.. Apa saja barang2 berharga hendaklah di simpan di tempat yang dijamin selamat dan di luar kotak pemikiran penjenayah untuk mengelak kerugian dan kehilangan harta benda.. Dan sentiasa awas dan waspada dengan orang yang mencurigakan ketika majlis..

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon