Jerawat dan Kecantikan Wajah

Kecantikan memang sinonim dengan perempuan, begitu juga lelaki pada zaman sekarang.. Amat menitik beratkan Kecantikan Wajah... Dan mempunyai kulit wajah yang bersih tanpa di cemari jerawat sangatlah berharga... dan untuk memiliki wajah yang cantik bersih, menghabiskan berapa banyak duit pun sanggup...  tapi bagi yang amat memerlukan duit dalam kehidupan, menghabiskan banyak duit untuk kelihatan cantik adalah tidak berbaloi.. 


Aku sangat memahami perasaan mereka-mereka yang mempunyai wajah yang berjerawat dan bekas parut jerawat... kemana sana pasti wajah menarik perhatian orang lain..tarikan bukan di sebabkan wajah yang cantik tapi jerawat dan bekas jerawat yang penuh di wajah.. Malu yang amat bila jerawat di wajah di tegur.. huhu sedih sangat...  

Ni antara langkah yang aku ambil untuk pulihkan kulit wajah aku..

1. Elakkan memakai bedak atau foundation atau makeup
~ sepanjang tempoh pemulihan wajah aku usaha elakkan pakai apa-apa pun bedak, foundation atau make up.. bukan aku tak pernah cuba pakai tapi selepas pakai pasti akan tumbuh jerawat lepas tu.. huhu.. sampai sekarang aku elakkan diri pakai makeup..

2. Buang toksin dalam badan
~ salah satu punca jerawat ialah toksin dalam badan.. macam mana nak buang toksin dalam badan? salah satu cara ialah banyakkan minum air putih dan makan fiber iaitu untuk mudah lawas.. hehe

3. Usaha cari produk perawatan kulit yang sesuai..
~ Untuk sesuatu produk, cuba guna dalam tempoh sebulan kalau sesuai teruskan.. Untuk tahu produk tu bagus atau tak, sila rajinkan diri baca testimoni.. dan kesan pemulihan kulit akan nampak dalam tempoh bulan pertama.. 
~ Guna produk dengan konsisten.. Cuci wajah, sapu krim siang... Cuci wajah dan sapu krim malam.. Bagi aku pembersih wajah, krim siang dan krim malam sangat penting.. Pembersih wajah untuk menghilangkan kotoran di wajah.. Krim siang untuk perlindungan wajah dan krim malam untuk merawat kulit...

Dari pengalaman aku sendiri.. kalau silap pakai produk dalam seminggu kulit muka boleh jadi sangat teruk dan hancur...  dan jerawat yang tumbuh di wajah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.. dan nak memulihkan memang mengambil masa... Kulit aku sekarang memang sensitif.. silap pakai produk akan tumbuh jerawat.. Bermacam produk wajah dan cuba tapi tak sesuai.. huhu.. 


Tunjuk separuh je wajah, malu nak tunjuk seluruh muka..
Alhamdulilah.. dengan izin Allah, aku dapat pulihkan kulit wajah...
Apa yang penting kita usaha pulihkan kulit wajah.. dah usaha kita berdoa dan tawakal.. Insya Allah..
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Ann Ishak
AUTHOR
Khamis, April 02, 2015 11:45:00 PG delete

yes, minum air banyak boleh membuatkan kulit muka bertambah hydrate jugak

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon