Kekeliruan Identiti Atau Khunsa

Beberapa hari ni heboh cerita tentang seseorang yang wajah cantik seperti perempuan tetapi ic tertulis lelaki. Aku yang perempuan yang tengok wajah dia pun kagum dengan kecantikan dan keayuan lelaki tu. Aku tak nak letak gambar dia. Kesian dia, sampai buat video menangis merayu semua org jangan sebarkan gambar ic dia tu.. Kekeliruan berlaku dan kesannya dia mendapat cemuhan masyarakat tanpa di ketahui cerita sebenar... 

Di lahirkan Khunsa.. Siapa yang nak kan? Tapi kalau sudah tertulis begitu. Siapa kita masyarakat nak menilai dirinya. Dia sendiri redha dan terima ujian Allah ini kat dia. Siapa kita nak melawan kuasaNya.. 



JENIS KHUNSA

Khunsa ialah seorang yang mempunyai 2 keadaan:
(i) Seseorang yang mempunyai dua alat kelamin (zakar dan faraj) bagi setengah khunsa salah satu alat kelamin memang benar-benar berfungsi ( khunsa wadih ) dan ada setengah pula keduanya tidak nampak jelas berfungsi ( khunsa musykil );
(ii) Seseorang yang tidak ada langsung alat kelamin, yang ada hanyalah lubang sekadar untuk kencing



  1. Ulama’ Fiqh membahagikan khunsa kepada dua; khunsa wadhih dan khunsa musykil. Khunsa wadhih ialah khunsa yang nyata memiliki tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan dan dapat dibezakan sama ada lelaki atau perempuan semasa bayi oleh warisnya melalui pemerhatian sifat dan ciri alat kelamin tersebut atau berdasarkan dari alat yang mana satu tempat keluar air kencing terlebih dahulu. Jantina dapat dikenalpasti dengan jelas berdasarkan yang mana alat yang lebih dominan berbanding dengan yang satu lagi yang kurang.
  2. Manakala Khunsa musykil ialah individu yang mempunyai dua alat kelamin dan air kencing keluar serentak dari kedua-dua alat tersebut dan identiti jantinanya sukar dibezakan atau hanya dapat dibezakan setelah baligh. Musykil ini hilang apabila dapat ditentukan dari mana tempat mula keluar air kencing atau kuantiti yang paling banyak atau dikira yang paling akhir berhenti. Jantina mereka juga boleh ditentukan setelah baligh dengan tanda-tanda yang dikenal pasti sama ada memiliki ciri-ciri kewanitaan (seperti kedatangan haid) atau kelelakian (seperti tumbuh janggut dan misai).
  3. Dalam kes ketidaktentuan jantina seperti ini, syarak memberi pengecualian kepada golongan khunsa musykil untuk menentukan jantina melalui pembedahan dengan syarat disokong oleh keterangan pakar di bidang tersebut. Kelonggaran adalah khusus sebagai ‘maslahah’ atau demi kebaikan bagi membolehkan individu itu dapat menjalani kehidupan dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim dengan lebih sempurna.
Sumber : KLIK SINI

Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Lia Hasty
AUTHOR
Isnin, April 06, 2015 3:14:00 PTG delete

Hai,

baru faham apa itu erti khunsha. Memang tak boleh nak salahkan golongan macam ini.

sudi2 lah melawat blog saya. http://liahasty.blogspot.com

Reply
avatar
HE.RE. K.NOT
AUTHOR
Isnin, April 06, 2015 8:05:00 PTG delete

Thank you info ya Reena (^^)

Reply
avatar
Khoo Chee
AUTHOR
Selasa, April 07, 2015 4:52:00 PTG delete

Kesian kan Reen..hmmm...tak tau mau cakap apa.. k bai..hee

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon