Sotong Masak Rendang

SOTONG MASAK RENDANG


Biasanya kalau menu sotong aku suka masak sambal sotong atau kari sotong dan kadang2 sotong kunyit... Hari ni, aku buat kelainan sikit .. SOTONG MASAK RENDANG


Bhn :
1 kg sotong (potong)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah 
1 ulas bawang besar (dihiris halus)
1 batang serai (tumbuk hujung)
Rempah ratus
2sudu kari
1 sudu kerisik
2 sudu makan serbuk kari
3-4 sudu makan pati santan
3 helai daun kunyit (di hiris halus)


Cara. 
1. Sotong di rebus tanpa air sbb semasa rebus sotong akan mengeluarkan air. Rebus selama 5-10 minit. Lps tu buangkan air rebusan..
2. Bawang putih dan merah di tumbuk.
3. Panaskan sikit minyak masak. Masukkan rempah ratus, serai dan bawang merah dah putih yang telah di tumbuk ke dalam kuali. 
4. Bila sedikit kekuningan, masukkan kari dan sedikit air. Masakkan kari sampai kari pecah minyak. 
5. Masukkan kerisik dan kacau.
6.  Lps itu masukkan bawang besar sehingga layu sedikit. 
7. Kemudian masukkan sotong yg telah ditus. Kacau. Tambahkan air sekiranya kering. 
8. Masukkan santan, garam, aji dan sedikit gula. Kacau sehingga mendidik. 
9. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau dan tutup api dapur. Siap utk di hidang.

psstt : Si Siam merajuk sbb aku tak nak bagi dia rasa sotong tu.. hahaha tp kejap je rajuknya... sbb Si Siam tak putus asa nak makan sotong.

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon