Tamar Jalis : Bercakap Dengan Jin 1


As Salam.. 
NOVEL SERAM... sebenarnya aku bukan peminat novel seram.. kalau novel cintan cintun, nangis-nangis.. hahhh novel jenis tu banyak aku beli... Novel jenis triller pun tak banyak sangat koleksi aku.. hehehe.. biasalah perempuan... Tapi lepas baca Novel Tamar Jalis ni.. hmm macam boleh masuk pula dengan aku.. Boleh pula aku baca sorang-sorang dan malam-malam hari.. hahaha.. Tak Takut ke?? Takut tu tak la tapi SERAM tu ada...  hahaha

Apa yang menarik minat aku dengan novel Bercakap Dengan Jin ni ialah novel ni berlatarbelakangkan kisah benar.. kepercayaan orang zaman dahulu kala.. 

****************************************
Saya terdengar suara datuk. Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya yang cengkung dan kurus.
"Saya baru baik dari demam, dah tu kena berjaga malam pula," jawab adik bongsu datuk.
"Hai, musim darurat pun kena berjaga malam?"
"Berjaga dalam rumah," sahut isteri adik bongsu datuk dari dapur.
Saya tertarik hati dengan perbualan itu lalu saya memaksa diri duduk di sebelah datuk yang saya lihat mengerutkan keningnya.
"Kenapa pula tu? Ada pencuri ke?"
Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya. Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.
"Apa halnya? Cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari orang lain untuk menolongnya," datuk memberi sebuah harapan.
Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu datuk termenung panjang.
"Susah orang nak menolongnya," begitu hampa nada suara adik bongsu datuk.
"Susah macam mana?" tanya datuk.
"Kerja Iblis."
"Kita lawan cara iblis."

****************************************
Cukup, sedikit kisah dari novel Bercakap Dengan Jin 1.. nak tahu lebih lanjut cari novel ni, baca dan hayati... Dan aku pasti setiap novel ada pembaca nya yang tersendiri.. 


Cetakan Edisi Terdahulu Tahun 1984.. lamakan.. aku belum lahir lagi...
1986, 1988, 1990, 1997..
Lepastu di kemaskini tahun 2012..
Dan cetakan edisi pertama 2011..Dan Cetakan edisi Ketiga 2013..
Banyak dah cetakan tp aku baru tahu kewujudan novel ni.. huhu

Pengajaran terlalu banyak yang  boleh kita ambil dan jadi ikhtibar.
Tuhan yang di patut di sembah ialah ALLAH S.W.T. Yang Maha Kuasa dari segala mahkluk.. Dan Iblis makhluk yang akan berusaha menyesatkan manusia..

psstttt : Berapa Jilid Novel Bercakap Dengan Jin ye?... Jilid 1-3 dah ada dalam koleksi..

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Sabtu, April 18, 2015 5:41:00 PTG delete

tak berani la pulak nak baca kak reena oi..penakut..

Reply
avatar
Sabtu, April 18, 2015 5:57:00 PTG delete

buku macam ni memang tak berani nak baca...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon